Ngelumpi Budaya Bajau/Sama bercanggah Swafoto

SENI  Ngelumpi budaya Bajau/Sama yang merujuk kepada memberi bantuan secara bersembunyi pada waktu malam.- Gambar Ihsan Google   'NGELUM...

SENI 

Ngelumpi budaya Bajau/Sama yang merujuk kepada memberi bantuan secara bersembunyi pada waktu malam.- Gambar Ihsan Google


 'NGELUMPI'  adalah budaya Bajau/Sama yang bertentangan swafoto selepas memberikan sumbangan.

Pemberian sedekah ala 'koboi' itu adalah amalan bersedekah etnik Bajau/Sama dalam malam 'rendaman' (malam gelita ketika bulan dilitupi awan).

 Ikhlas mengelak orang tahu. Naik kuda tengah malam mencari rumah orang miskin atau kehabisan makanan untuk memberikan sumbangan secara bersembunyi.

Mengikut pengkaji budaya Bajau/Sama, Maljim Anjil, individu yang `ngelumpi’ akan melemparkan sumbangan ke  'pantaran' (beranda rumah) dan selepas itu memecutkan kudanya supaya orang tidak tahu siapa pemberi sedekah.

 

Mungkinkah `ngelumpi' berkait rapat dengan masyarakat Bajau zaman dulu yang dikenali 'Cowboy of the East' - Gambar Google


Katanya, ada juga tuan rumah yang tersedar dan turut sama menunggang kuda dengan memecut kudanya mencari pemberi sedekah tadi untuk mengucapkan terima kasih.

"Satu malam berkejaran. Esok cari lagi, tapi pemberi sedekah bersembunyi bagi mengelak diketahui beliaulah pemberi sedekah," katanya yang mendengar amalan 'ngelumpi' daripada moyangnya.

Sedekah dalam masyarakat Bajau (Sama di Kota Belud) meliputi memberikan beras, lauk, kuih muih dan buah-buahan seperti pisang dan nangka. Budaya murni ini sudah hilang ditelan zaman.

 Budaya menunggang kuda mengejar pemberi sedekah yang juga berkuda untuk mengucapkan terima kasih yang berkisar kepada amalan `ngelumpi' mungkin berkait rapat dengan masyarakat Bajau zaman dulu dikenali 'Cowboy of the East'.

Related

Unik 4623872049985930516

Catat Ulasan

emo-but-icon

item