Bajau dan Sepanyol berkongsi `kendadu'
Imej 'kendadu' atau 'candado' - Gambar Wikipedia SASTERA RAKYAT KOTA KINABALU: ...
Imej 'kendadu' atau 'candado' - Gambar Wikipedia
KOTA KINABALU: Pada zaman kolonial ada perisik tentera Sepanyol menjadi buruan British. Perisik yang dirahsiakan namanya atas faktor keselamatan, disembunyikan di Pulau Leyte, Filipina.
Suatu hari ketika bermain kapal layar, berlaku taufan menyebabkan kapal layarnya hanyut ke Borneo Utara atau sekarang Sabah.
![]() |
Kendadu atau Candado |
Beliau
diselamatkan seorang nelayan Bajau lalu membawanya balik untuk rawatan.
Malangnya dalam perjalanan balik mereka terserempak
tentera British yang mengenali wajah lelaki Sepanyol itu.
Mereka ditahan kerana disyaki mengintip
British di Borneo.
Kedua-duanya
dimasukkan dalam lokap dan sebelum mengunci lokap menggunakan 'padlock'
(mangga), pegawai polis British bertanya perisik Sepanyol sambil
menggoncang-goncangkan padlock:
"What can I
do for you"
Nelayan
Bajau dan perisik Sepanyol serentak menjawab: Kendadu, Candado sambil ketawa.
Pegawai polis
British yang mulanya serius pun ikut ketawa berdekah-dekah.
Di situlah orang
Bajau dan Sepanyol mula panggil padlock itu kandadu @ candado.
Sabah Taim:
Tiba-tiba ku dengar suara memanggil, hai bro! Kalau jasad kena lockdown jangan
fikiran pula kena padlock.
Nota: Cerita
rakyat musim perintah kawalan pergerakan (PKP) 1.0 akibat COVID-19.
Tahniah pengerak Sabah Taim,moga pelbagailah isu semasa dan pelbagai etnik di Sabah,menarik nama ni Sabahtaim..😅🤭👍
BalasPadamTerima kasih baca dan komen. Saya lahir dan menempuh era kanak² ketika masyarakat setempat dan menamakan semua surat itu Sabah Taim walaupun borneo mail atau daily ekspress. Kita fokus isu yang tersendiri. Terus baca ya
Padam