10 pensyarah UPSI ikuti kursus secara dalam talian program kerjasama Harvard
TANJONG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjalinkan kerjasama program pengajian ikhtisas dengan University of Harvard, Am...
TANJONG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjalinkan kerjasama program pengajian ikhtisas dengan University of Harvard, Amerika Syarikat untuk Pembangunan Profesional Akademia UPSI dalam bidang pendigitalan pendidikan.
Program pengajian ikhtisas itu dijalankan secara intensif, melibatkan pembelajaran dalam talian dan pembelajaran kendiri serta bimbingan daripada tutor dan penyelia diperakui Harvard.
Marzita (lima dari kanan) dan Raja Nor Safinas (lima dari kiri) bersama pensyarah UPSI yang terpilih mengikuti program bersama Universiti Harvard. |
|
Katanya, kursus secara dalam talian itu anjuran The Derek Bok Centre fo Teaching and Learning, University of Harvard.
Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff |
“Ini diharap dapat membantu misi menjadikan UPSI melonjak ke tangga 100 terbaik dunia, mengikut penarafan The Time Higher Education (THE). Rekod terkini UPSI di tangga 176-200,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, baru-baru ini.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Prof Dr Marzita Puteh, berkata, peluang pensijilan yang diberikan kepada pensyarah terbabit bakal meningkatkan kompetensi tenaga pengajar berkenaan untuk menambahbaik strategi penyampaian pengajaran dan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi.
“Apa yang lebih menarik lagi, program PGCHE turut disertai 50 institusi pengajian tinggi yang terkemuka (Top 50 QS Ranking) seluruh dunia dan UPSI tidak ketinggalan,” katanya.
Dalam pada itu, Dekan Institut Pengajian Siswazah UPSI, Prof Madya Dr Raja Nor Safinas Raja Harun, berkata, program itu memberi peluang dan pendedahan kepada pensyarah untuk melibatkan diri secara proaktif dan membuat refleksi berterusan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran, mereka bentuk portfolio serta merancang kerjaya sebagai pengajar di peringkat pengajian tinggi.
“Pensyarah yang dipilih melalui tapisan di peringkat fakulti dan universiti bagi memilih mereka yang cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran serta sumbangan kepada universiti sepanjang perkhidmatan,” katanya.
Seramai 10 pensyarah yang berjaya dan berpeluang mengikuti program PGCHE, Universiti of Harvard adalah Profesor Madya Dr Nur Ikhwan Mohamad dari Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan), Profesor Madya Dr Som Cit Si Nang (Fakulti Sains & Matematik), dan Dr Mohd Azlan Mohammad Hussain (Fakulti Teknikal & Vokasional).
Seterusnya, Dr Muhammad Fadhil Wong Abdullah dari Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif), Dr Siti Nor Amalina Ahmad Tajuddin (Fakulti Bahasa & Komunikasi), Dr Grace Annammai Gnana Piragasam (Fakulti Pembangunan Manusia) dan Dr Samsuddin Abd Hamid (Fakulti Sains Kemanusiaan).
Turut terpilih adalah Dr Christine Augustine dari Fakulti Muzik & Seni Persembahan), Dr Nor Hasnida Che Md Ghazal (Fakulti Pembangunan Manusia) dan Dr Jessnor Elmy Mat Jizat (Fakulti Pengurusan & Ekonomi).