HISTIC 3.0 medan pemartabatan sejarah dan peradaban Melayu serantau
PERSIDANGAN Antarabangsa Historiografi Melayu Ketiga (HISTIC 3.0) menjadi medan pemartabatan b idang Historiografi Melayu serantau , iaitu ...
PERSIDANGAN Antarabangsa Historiografi Melayu Ketiga (HISTIC 3.0) menjadi medan pemartabatan bidang Historiografi Melayu serantau, iaitu suatu bidang ilmu yang mengungkapkan sejarah, budaya dan peradaban Melayu yang diwarisi sejak berzaman.
Sesi pembentangan kertas kerja sempena HISTIC 3.0 yang diadakan secara dalam talian. |
Beliau berkata, kewujudan karya historiografi Melayu yang menjadi khazanah penting masyarakat Melayu di Nusantara seperti Hikayat Raja Pasai, Sejarah Melayu, Hikayat Aceh, Peringatan Sejarah Negeri Johor, Hikayat Siak Tuhfat al-Nafis mewakili pelbagai aliran dalam historiografi Melayu yang wujud dalam pelbagai zaman dan negara serumpun dan serantau.
“Teks tersebut mengandungi banyak maklumat tentang cara kehidupan masyarakat Melayu, keadaan yang nyata dalam bidang ekonomi, kehidupan intelektual, politik, agama, adat-istiadat, seni mempertahankan diri, senjata dan lain-lain,’ katanya berucap merasmikan HISTIC 3.0, secara dalam talian, baru-baru-baru ini.
Ucaptama disampaikan oleh tokoh dan pejuang bahasa Melayu, Prof Emeritus Datuk Dr Awang Sariyan yang antara lain menyentuh tentang sejarah, keistimewaan dan isu masa depan bahasa Melayu yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan.
Datuk Dr Awang Sariyan |
Penganjur meletakkan matlamat persidangan itu mampu menyediakan pelantar rangkaian kerjasama akademik terbaik di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.
Dalam pada itu, Presiden BUDIMAN, Prof Dr Abdul Halim Ali, berkata, sebanyak 43 kertas kerja dibentangkan oleh 10 pelajar pasca siswazah dan pensyarah dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Prof Dr Abdul Halim Ali |
Beliau berkata, kertas kerja itu bakal diterbitkan secara e-prosiding untuk rujukan pelajar dan pengkaji Historiografi Melayu serantau.
Persidangan itu menjadi program tradisi di UPSI sejak tahun 2017, namun kali ini memperkenalkan Persatuan Penulis Budiman Medan, Indonesia yang baru ditubuhkan.
“HISTIC 3.0 menyaksikan penubuhan secara rasmi persatuan BUDIMAN Medan, Indonesia dan penyertaan kali ini juga lebih ramai terutamanya dari Indonesia, dan ada juga dari Brunei dan Thailand,” katanya.
Sementara itu, Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Prof Madya Dr Mazura @ Mastura Muhammad, berkata, langkah BUDIMAN bekerjasama dengan FBK sangat membantu dalam melonjakkan nama UPSI menerusi program kesusasteraan dan persuratan.
Prof Madya Dr Mazura @ Mastura Muhammad |