Jangkitan COVID-19 di Sabah kembali lepasi 600 kes

KOTA KINABALU:  Sabah merekodkan 651 kes jangkitan COVID-19 hari ini, berbanding 426 kes semalam, membabitkan dua kluster baharu. Menteri Ke...

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 651 kes jangkitan COVID-19 hari ini, berbanding 426 kes semalam, membabitkan dua kluster baharu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, dua kluster baharu dilaporkan di Beaufort hari ini iaitu kluster Kampung Bawan yang merupakan kluster tempat kerja dan sudah merekodkan 34 kes setakat ini.

Satu lagi ialah kluster Kampung Batu 66 yang membabitkan jangkitan dalam komuniti dengan 29 kes direkodkan setakat ini.

Related

Terkini 8382339336364304982

Catat Ulasan

emo-but-icon

item