Masjid ‘Hagia Sophia’ Sabah kembali dibuka kepada jemaah

  Oleh Muhammad Azamuddin Mohd Azrone   Masjid ‘Hagia Sophia’ Sabah yang ditutup pada Mac 2020 dibuka semula kepada jemaah mulai bulan lalu....

 Oleh Muhammad Azamuddin Mohd Azrone

 

Masjid ‘Hagia Sophia’ Sabah yang ditutup pada Mac 2020 dibuka semula kepada jemaah mulai bulan lalu.- Gambar Muhammad Azamuddin Mohd Azrone

KOTA KINABALU – Masjid ‘Hagia Sophia’ Sabah yang ditutup sementara sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) 1.0, Mac tahun lalu dibuka semula kepada jemaah sejak bulan lalu.


Masjid ‘Hagia Sophia’ Sabah terletak di lereng Bukit Bendera, Kota Kinabalu .- Gambar Muhammad Azamuddin Mohd Azrone


Masjid terletak di lereng Bukit Bendera, di sini dikenali ‘Hagia Sophia’ Sabah kerana masjid itu asalnya sebuah gereja yang dijual kepada Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dan dijadikan masjid, iaitu Masjid USIA Bandar Kota Kinabalu.

 

Jemaah Masjid ‘Hagia Sophia’ Sabah lega dengan pembukaan semula  Masjid USIA Bandar Kota Kinabalu.- Gambar Muhammad Azamuddin Mohd Azrone

Setiausaha Jawatankuasa Masjid USIA Bandar Kota Kinabalu, Damit Tajudin berkata, pembukaan semula masjid itu bertepatan pengumuman kerajaan negeri pada 17 September lalu, jumlah jemaah solat Jumaat dan fardu di masjid utama dinaikkan kepada 300 orang dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Beranda Masjid ‘Hagia Sophia’ Sabah.- Gambar Muhammad Azamuddin Mohd Azrone



Katanya, keutamaan diberi kepada jemaah yang sudah lengkap vaksin dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk memakai pelitup muka dan membawa sejadah sendiri.

 

Masjid USIA Bandar Kota Kinabalu.- Gambar Muhammad Azamuddin Mohd Azrone


Beliau berkata, pihaknya menetapkan hanya 300 jemaah dibenarkan menunaikan solat fardu Jumaat dan solat fardu.

 

Jemaah Masjid ‘Hagia Sophia’ Sabah.- Gambar Muhammad Azamuddin Mohd Azrone


“Masjid ini mampu memuatkan 2,000 jemaah dalam satu masa, namun kita hanya membenarkan 300 jemaah dalam satu masa dan hanya ruang solat utama dibuka, manakala di kawasan luar termasuk yang sebelum ini menggunakan khemah masih ditutup,” katanya kepada Sabah Taim, di sini, hari ini.

 

Masjid ‘Hagia Sophia’ Sabah juga dikenali Masjid Lama.- Gambar Muhammad Azamuddin Mohd Azrone


Maklumat mengenai ‘Hagia Sophia’ Sabah boleh diperoleh menerusi laman web https://www.sabahtaim.com/2021/07/sabah-ada-hagia-sophia.html

INFO

Masjid Hagia Sophia yang terletak di Istanbul berusia lebih 1,500 tahun telah disenaraikan sebagai tapak warisan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1985.

Hagia Sophia, monumen ikonik ketamadunan di Turki, bermaksud kebijaksanaan yang suci dan mulia.

Masjid itu pernah berfungsi sebagai gereja selama 916 tahun sehingga penaklukan Istanbul yang menyaksikan ia ditukar menjadi masjid dari 1453 hingga 1934 sebelum dijadikan muzium pada 1930 hingga 1935.

Pada 10 Julai 2020, Mahkamah Turki membatalkan keputusan Kabinet 1934 yang menjadikan Hagia Sophia sebagai muzium.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dianggap sebagai pemimpin paling berani apabila bertegas mahukan Hagia Sophia kembali dihidupkan sebagai masjid.

Related

Terkini 5565721674221109726

Catat Ulasan

emo-but-icon

item