Taman Kinabalu, tapak warisan dunia, hutan simpan kekal pertama Sabah

Kiau Gap View yang menempatkan pelantar dan monumen Taman Kinabalu tapak warisan dunia. TAMAN  Kinabalu  yang menjadi lokasi Gunung Kinabalu...

Kiau Gap View yang menempatkan pelantar dan monumen Taman Kinabalu tapak warisan dunia.


TAMAN Kinabalu yang menjadi lokasi Gunung Kinabalu di Kundasang, Ranau adalah taman hutan simpan kekal yang pertama diwartakan di Borneo Utara atau sekarang Sabah, pada 16 Januari 1964.

Pada 2 Disember 2010, taman hutan simpan kekal itu diwartakan Tapak Warisan Dunia  Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

 

Taman Kinabalu tapak warisan dunia yang menghijau.


Diuruskan oleh Taman Sabah, Taman Kinabalu asalnya memiliki keluasan 754 kilometer (KM) persegi, namun keluasan itu bertambah kepada 780 KM persegi  pada 1970.

 

Kiau Gap View dilengkapi pelantar untuk melihat  panoraman Gunung Kinabalu dan lurah gunung yang kaya dengan flora dan fauna.

Pewartaan hutan simpan itu adalah untuk melindungi flora dan fauna yang masih belum diterokai di samping ‘mengawal’ Gunung Kinabalu.

Taman itu kaya dengan pelbagai spesies flora daripada Himalaya, Australia, China dan Malaysia yang dengan sendirinya dikelaskan sebagai Pusat Kepelbagaian Tumbuhan Asia Tenggara, antaranya tumbuhan sangat jarang ditemui adalah bunga Rafflesia iaitu bunga terbesar di dunia.

 

Pintu masuk ke Taman Kinabalu tapak warisan dunia di Kundasang, Ranau.

Di hutan simpan berkenaan terdapat pokok tirus sepert pokok pain, sprus dan gelam gunung, selain tumbuhan jenis epifit seperti liken dan lumut, rafflesia, periuk kera dan pokok rhododendron, manakala permukaan tanah yang lembab ditumbuhi lumut.    

Pengunjung juga berpeluang melihat hidupan liar seperti beruang, tupai, burung, tikus dan serangga.

Terdapat banyak fasiliti dan kemudahan yang disediakan untuk pengunjung antaranya restoran dan kedai cenderamata yang dikendalikan oleh Sutera Sanctuary Lodges (SSL), dan pengangkutan yang diurus oleh Koperasi Serbaguna Kakitangan Taman Sabah Berhad  (KOKTAS).

Peta laluan pendakian Gunung Kinabalu di Taman Kinabalu, Kundasang, Ranau.


Perkhidmatan malim gunung juga ditawarkan kepada pengunjung yang ingin mendaki Gunung Kinabalu.



Fakta

Gunung Kinabalu berketinggian 4,095 meter dari aras laut atau pendakian  sejauh 8.7 kilometer dari Timpohon Gate adalah antara gunung yang paling digemari pendaki dari seluruh dunia.

Related

Terkini 5152457418849050824

Catat Ulasan

emo-but-icon

item