Kompaun berat dan lelong ternakan berkeliaran di jalan raya
AMARAN atau peringatan. Penternak yang membiarkan ternakan mereka berkeliaran di kawasan pekan dan jalan raya di Sabah mungkin dikenakan tin...
AMARAN atau peringatan. Penternak yang membiarkan ternakan mereka berkeliaran di kawasan pekan dan jalan raya di Sabah mungkin dikenakan tindakan kompaun berat, ternakan ditangkap pihak berkuasa tempatan (PBT) dan haiwan tidak dituntut akan dilelong.
Peringatan itu dibuat Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Isnin Aliasnih dalam satu majlis di Tambunan, seperti dilaporkan stesen penyiaran, Radio Televisyen Malaysia (RTM), hari ini.
Ini kerana ternakan berkeliaran di kawasan pekan dan jalan raya bukan saja menyebabkan kekotoran persekitaran dan merosakkan harta awam, malah boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.
Penternakan lembu di jalan raya di Kota Belud.- Gambar Kutubkhanah Azrone |
Baru-baru ini, Sabah Taim melaporkan lembu landskap hidup hiasi jalan raya Kota Belud.
Ini dapat disaksikan di Kudat Bypass, jalan raya yang menghubungkan Kota Kinabalu dengan Kota Belud ke Matunggung, Kudat, Kota Marudu, Tandek dan Pitas.
Landskap semula jadi ini turut menghiasi bulatan jalan Tamu Kota Belud di laluan Ranau Bypass yang menghubungkan Kota Belud dengan Ranau dan Pantai Timur Sabah termasuk Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Lembu diternak di jalan raya di Kota Belud.- Gambar Kutubkhanah Azrone |