Perhimpunan aman tuntut campur tangan TYT dan KM batal geran tanah penduduk dipindah milik kepada syarikat milikan bukan Bumiputera
PENDUDUK berhimpun secara aman berlatarkan ternakan mereka di tanah rezab padang ragut Kuala Pintasan, Kota Belud. KOTA BELUD: Lebih 50 p...
PENDUDUK berhimpun secara aman berlatarkan ternakan mereka di tanah rezab padang ragut Kuala Pintasan, Kota Belud. |
Perhimpunan yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk memakai pelitup muka dan penjarakan sosial membawa kain rentang antaranya 'Kami gesa campur tangan TYT dan CM Sabah untuk membatalkan geran 'Country Lease' (CL) 035317223' tanah mereka yang dipindah milik kepada syarikat milikan bukan Bumiputera dan 'Siapa yang tukar status tanah kami? Mohon SPRM siasat.
Selain itu, 'Tanah ini keringat moyang kami, Itu pun jatuh ke tangan bukan peribumi, Merempatlah cucu cicit kami, Bagai pengemis di rumah sendiri', 'Kenapa rakyat Sabah lawan penjajah?, Sebab penjajah jadi tuan di tanah air kita?, Kenapa kami tentang projek QL Marine?, Sebab pemaju pindah milik tanah kami!'
PENDUDUK meminta campur tangan TYT dan Ketua Menteri di tanah rezab padang ragut Kuala Pintasan, Kota Belud. |
Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Labuan, Rusidi Merjin, mendakwa tanah rizab berkenaan dipindah milik, digerankan dan akan dimajukan sebuah syarikat milikan bukan Bumiputera tanpa pengetahuan mereka.
Ternakan penduduk di tanah rezab padang ragut Kuala Pintasan, Kota Belud yang bakal dimajukan syarikat milikan bukan Bumiputera. |
"Kami mahu TYT Sabah dan Ketua Menteri Sabah mendengar rayuan kami supaya menghalang syarikat terbabit memajukan tanah milik kami.
PENDUDUK berhimpun secara aman mahu nasib mereka dibela di tanah rezab padang ragut Kuala Pintasan, Kota Belud. |
"Sudah lama penduduk kampung menternak haiwan seperti lembu dan kerbau di kawasan berkenaan tetapi tiba-tiba dipindah milik dan digerankan syarikat bukan Bumiputera.
“Kami juga sudah meminta Pegawai Daerah Kota Belud supaya membantu kami mengarahkan syarikat terbabit supaya menangguhkan sementara penyukatan tanah dan mengeluarkan laporan Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah (LUC) yang menyebabkan tanah berkenaan dipindah milik, namun tidak dilayan," katanya kepada media selepas perhimpunan berkenaan.
Tanah Rizab padang ragut itu dianugerahkan kerajaan negeri kepada penduduk kampung terbabit pada 14 Disember 1972 untuk kegiatan penternakan lembu dan kerbau.
PENDUDUK berhimpun secara aman mendesak campur tangan SPRM membuat penyiasatan menyeluruh terhadap pihak menukar status tanah mereka di tanah rezab padang ragut Kuala Pintasan, Kota Belud. |
Pada 11 Mei lalu, Rusidi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud meminta siasatan dilakukan terhadap dalang pengambilan tanah serta pihak yang menceroboh, menggeran dan bakal membangunkan tanah berkenaan tanpa kebenaran Pemegang Amanah rizab padang ragut untuk penduduk Kampung Labuan.
Difahamkan pemaju projek itu sebuah syarikat milikan bukan Bumiputera yang berpangkalan di Tuaran serta terlibat dalam sektor pertanian, perhutanan, perikanan dan logistik membangunkan tanah berkenaan tanpa kebenaran dan rundingan dengan penduduk kampung terbabit.
Kain rentang berbahasa Bajau yang bertanya siapa di hari Ketua Menteri, bangsa sendiri atau bukan pribumi di tanah rezab padang ragut Kuala Pintasan, Kota Belud. |
Tanah Rizab Padang Ragut Kuala Pintasan yang antara pemegang amanahnya adalah pemimpin masyarakat Kampung Labuan dan Taun Gusi, didakwa dipindah milik kepada syarikat terbabit tanpa pengetahuan penduduk kampung yang menternak haiwan seperti lembu dan kerbau serta bercucuk tanam di situ.
Rusidi berkata, pihaknya juga meminta syarikat yang memajukan projek berskala besar di rizab padang ragut milik mereka supaya membatalkan perancangan berkenaan.
Sebaliknya katanya, pihak terbabit perlu menyerahkan semula tanah berkenaan kepada pemegang amanah bagi membolehkan penduduk kampung mengusahanya seperti dilakukan ketika ini.
"Kerajaan Sabah juga perlu menyelesaikan isu tuntutan kami terhadap rizab padang ragut Kuala Pintasan dengan meluluskan geran kepada penduduk kampung serta merta," katanya.
Ini bukan kali pertama penduduk kampung bangkit memperjuangkan tanah rizab padang ragut Kuala Pintasan sebaliknya mereka konsisten menuntutnya mengikut lunas undang-undang sejak 11 tahun lalu.
Pada Jun 2009 penduduk mengadakan perhimpunan aman membantah projek agropolitan di tapak rizab padang ragut itu yang kemudian dibatalkan kerajaan negeri serta mendapat liputan meluas media tempatan dan nasional termasuk muka depan akhbar berbahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.
PENDUDUK berhimpun secara aman di tapak projek yang didakwa penduduk milik mereka di tanah rezab padang ragut Kuala Pintasan, Kota Belud. |
Alhamdulillah... Semua pihak patut buka Mata. Penduduk kota Belud selalu dianggap Daerah termiskin.. Tapi ada tanah.. Siap d rampas oleh pihak bukan bumiputera... Mereka memiliki tanah.. Ada TERNAKAN lagi... Bagaimana mereka di katogeri miskin. Ada fakta? Yang boleh memberi kefahaman kepada keadaan ini.. Ataupun dengan mengnampakkan statistik " miskin" itu. Maka mereka di tolong oleh orang Lain untuk nampak ada kerja? Ada pendapatan?
BalasPadamPekerjaan mereka Sebelum ini? Tak di iktiraf? Tiada angka Atau nombor? Dalam slip gaji petani? Penternak? Pekebun?.. Yang saya amat pasti... Mesin ATM mereka ada di sekeliling rumah..
PENDUDUK KAMPUNG YANG ISTILAHNYA BENAR2 DARI KAMPUNG, DUDUK DI KAMPUNG BELUM PERNAH MEMINTA2... INI AMAT DILARANG DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT D KAMPUNG.
Terima kasih respon. Kita harap kerjaan bantu selesaikan isu ini.
BalasPadamKerajaan negeri harus peduli rakyat. Utama kan rakyat. Kemana lagi kalau bukan untuk usahakan tanah dan ternakan. Bukan masa pilihan raya baru peduli rakyat.
BalasPadamya jangan berdiam diri macam tidak tahu kesusahan rakyat
PadamSalam sejahtera. Terima kasih, tahniah, komen yang sangat bagus, beradab dan bijak. Kita terima dengan hati terbuka.
BalasPadamSalam sejahtera. Kalau komen biar beradab kecuali lah memang bangsa biadab.
BalasPadam