Sindrom Stockholm itu Pelemai Galap
Tangkap layar artikel bertarikh 7 Februari 2010.- Kutubkhanah Azrone DALAM ilmu psikologi moden, orang yang menyertai perjuangan musuh di...
https://www.sabahtaim.com/2021/11/sindrom-stockholm-itu-pelemai-galap.html
Tangkap layar artikel bertarikh 7 Februari 2010.- Kutubkhanah Azrone |
DALAM ilmu psikologi moden, orang yang menyertai perjuangan musuh dikenali `Sindrom Stockholm'.
Dalam psikologi Bajau pula ada ilmu psikologi sepadan makna dengannya yang lebih awal wujud iaitu `Pelemai Galap'.
Pelemai bermakna pukau manakala galap adalah makhluk halus penunggu air mengikut kepercayaan masyarakat berkenaan.
Galap apabila berada di darat menyamar menjadi manusia, sama seperti bunian.
Buat apa ikut galap kerana akhirnya kita lemas atau dalam bahasa Bajau 'londod'.
Bunyinya macam London tapi bukan bawa ke England, sebaliknya ke 'sengkaban' (lubuk) tempat galap bunuh orang.