IPG Kampus Gaya dapat bangunan baharu

Bangunan baharu IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu dalam pembinaan. PEMBINAAN  bangunan baharu Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Kota ...


Bangunan baharu IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu dalam pembinaan.


PEMBINAAN bangunan baharu Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Kota Kinabalu sedang giat dilaksanakan berhampiran kampus asal.


Bangunan baharu IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu. 

Kerja-kerja pembinaan bangunan baharu IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu.



 IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu antara institusi pendidikan tertua di Sabah.


Dewan Besar dan Auditorium baharu IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu.



Pintu masuk utama ke IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu.

Info:

Institut Perguruan Gaya (IPG)  telah dinaiktaraf sebagai institusi perguruan yang boleh menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan mulai tahun 2006 dalam Rancangan Malaysia Ke- 9.

IPG sebelum itu dikenali Maktab Perguruan Gaya sebelum dinaiktaraf kepada Institut Pendidikan Guru pada Jun 2006.

Institut Perguruan Gaya, telah dibuka dengan rasminya oleh Gabenor terakhir British di Borneo Utara (Sabah), William Goode pada 4 Julai 1963.

Pada tahun pertama penubuhannya, Pengetuanya ialah MR. J.E Tod yang dibantu oleh enam orang pensyarah untuk melatih 83 orang guru.

Institut Perguruan Gaya terletak di kawasan bukit seluas 19.4 hektar kira-kira dua Kilometer (KM) dari Bandar Kota Kinabalu, berhampiran Hospital Queen Elizabeth, Muzium Negeri dan Masjid Negeri serta pusat beli belah di Karamunsing dan Luyang.

Antara tahun 1963 hingga 1981, institusi itu diuruskan di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Pada tahun 1981, sesuai dengan usaha kerajaan untuk menyelaraskan pentadbiran semua Maktab Perguruan di seluruh negara, tanggungjawab pentadbiran dan pengurusan Institut Perguran Gaya telah dipindahkan ke Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran, Kuala Lumpur.

Kurikulum dan sistem latihan yang dilaksanakan di Institut Perguruan Gaya adalah sama seperti di Institusi perguruan lain di Malaysia.

Kurikulum Perguruan ini meliputi bidang akademik, pengkaedahan, kokurikulum dan praktikum yang wajib diikuti oleh semua pelajar.

Jangka masa Kursus Diploma Perguruan Malaysia selama tiga tahun yang dibahagikan kepada enam semester.

Prestasi pelajar dinilai daripada pencapaian peperiksaan, praktikum, kerja kursus dan gerak kerja kokurikulum.

Selain daripada Kursus Diploma Perguruan Malaysia, Institut Perguruan Gaya juga mengadakan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi pelajar berijazah selama dua semester, Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) selama setahun dan Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) yang dikendalikan bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Dua program dikendalikan oleh IPG itu, iaitu Program Bachelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (B.Ed TESL) bermula sejak Julai 2002 (Program Kembar bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah.


Sumber: IPG Kampus Gaya


Related

Terkini 6758949040219025220

Catat Ulasan

emo-but-icon

item