'Hauntings and Ghostly Whispers' buku kedua wartawan veteran, Anna Vivienne
TAMPARULI: Perintah kawalan pergerakan (PKP) berikutan pandemik COVID-19 dimanfaatkan sepenuhnya oleh wartawan veteran Sabah, Anna Vivienn...
TAMPARULI: Perintah kawalan pergerakan (PKP) berikutan pandemik COVID-19 dimanfaatkan sepenuhnya oleh wartawan veteran Sabah, Anna Vivienne, untuk menyiapkan buku keduanya mengenai mitos, kepercayaan dan pantang larang masyarakat Kadazandusun.
JONISTON (dua dari kiri) melancarkan buku 'Hauntings and Ghostly Whispers' tulisan Anna (tiga dari kiri) di Rumah Terbalik Tamparuli, Tamparuli. |
JONISTON (kiri) menerima cenderamatan daripada Anna selepas melancarkan buku 'Hauntings and Ghostly Whispers' tulisan Anna di Rumah Terbalik Tamparuli, Tamparuli. |
Buku yang bertepatan usaha kerajaan negeri mempromosi pelancongan luar bandar berasaskan komuniti adalah buku kedua tulisan Anna selepas ‘Strange Magic and Supernatural Encounters’ yang diterbitkan dua tahun lalu.
Buku 'Hauntings and Ghostly Whispers' tulisan Anna Vivienne. |
. |
Ditemui Sabah Taim selepas pelancaran buku berkenaan, Anna berkata karya keduanya menggunakan bahasa Inggeris mudah bagi memastikan pembaca dapat memahami cerita rakyat yang disampaikan secara santai, dramatik dan berunsur sejarah.
Katanya, ia berkaitan makhluk halus, kematian, peranan bomoh, misteri di sebalik kepercayaan, hubungan manusia dengan alam mencakupi flora dan fauna, pantang larang dan adat resam.
Beliau berkata, selain penyelidikan banyak cerita berkenaan didengarnya sendiri daripada nenek moyang dan ibu bapanya.
“Saya harap dapat menerbitkan tiga lagi buku seumpama ini untuk diwarisi generasi masa kini dan akan datang khususnya masyarakat Kadazandusun,” katanya.
Can i know how to order this book?
BalasPadamC4 Laman Seni
PadamLembaga Kebudayaan Sabah KK near Asia City
or call 011 26883963