Tarian etnik Keluarga Malaysia warnai UMS

K OTA KINABALU: Program Pertukaran Tarian Tradisi Sabah yang diadakan pada 11 hingga 18 Disember ini bermatlamat  me raikan kepelbagaian etn...

KOTA KINABALU: Program Pertukaran Tarian Tradisi Sabah yang diadakan pada 11 hingga 18 Disember ini bermatlamat  meraikan kepelbagaian etnik yang membentuk peradaban Keluarga Malaysia.

     

SUMAZAU antara tarian etnik dipelajari di UMS.- Gambar UMS

Jurulatih Kursus Tarian Sabah, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Mohd Asnari Taim, berkata program itu juga bertujuan untuk mempromosi tarian tradisional Malaysia ke seluruh pelosok negara.

     

Mohd Asnari Taim

Katanya, peserta diminta membuat rakaman persembahan menggunakan aplikasi Tik Tok pada 11 hingga 17 Disember ini.

Beliau berkata, hasil rakaman itu akan ditayangkan menggunakan pelantar Facebook secara langsung pada 18 Disember ini.

 

Poster Program Pertukaran Tarian Tradisi Sabah.


“Kami yakin program ini juga dapat mencungkil bakat baru yang lebih berwibawa untuk diketengahkan sebagai pewaris khazanah seni tari etnik negara kita.

Justeru, kita harap program ini akan berjalan lancar serta memberi impak positif ke arah pemartabatan dan pengembangan tarian yang menjadi keunikan etnik membentuk Keluarga Malaysia”, katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Sasaran peserta program bertema 'Bersatu Dalam Kepelbagaian' itu adalah golongan belia di seluruh negara.

 

Nur Shaqira Mawir


Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat meneusi Pengarah Program Pertukaran Tarian Tradisi Sabah, Nur Shaqira Mawir dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Dokumentasi, Nur Nazhdma Fakhira Majalan menerusi pelantar Facebook, Instagram dan Tik Tok Tarian Sabah UMS.

 

Nur Nazhdma Fakhirah Majalan

Mohd Asnari berkata, pihaknya sedia menerima teguran membina untuk penambahbaikan pelajar menyertai program berkenaan.

“Pogram ini untuk melatih pelajar UMS untuk mengurus dan mengendalikan seni tari tradisional dan kami mengalu-alukan semua lapisan masyarakat agar dapat menyantuni program ini dan memberikan pandangan demi kebaikan golongan pelapis dan pewaris tarian tradisi,katanya.

      

Related

Terkini 2724704029648701482

Catat Ulasan

emo-but-icon

item