Antara buku dan praktikal
KETIKA belajar peringkat sekolah menengah rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Kota Belud penulis adalah pelajar Seni Per...
KETIKA belajar peringkat sekolah menengah rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Kota Belud penulis adalah pelajar Seni Perusahaan (SPU) yang belajar asas kimpalan, pertukangan seperti membuat dan membaiki kerusi, membaiki siling, menurap atau menyimen lantai dan banyak lagi kemahiran.
Sayangnya, kemahiran asas itu gagal dimanfaatkan dan akhirnya mengupah tukang untuk membaiki siling yang rosak.
Ini namanya, ilmu dari buku gagal dipraktikkan.
Sebelum dibaiki. |
Selepas dibaiki. |
"Ilmu pertukangan saya tiada dalam buku... bukan dipelajari dari buku," kata Ahlex selepas menyelesaikan kerjanya membaiki siling yang sebelum ini rosak akibat kesilapan memasang peralatan pancuran hujan.