Baby Shima, Jj Sham, Yandy VIP, Chris Winda dan RAY Busker berkongsi pentas

PENYANYI  Baby Shima mengejutkan pelanggan Mirza Kafe Alamesra, Sepanggar apabila tiba-tiba muncul dan kemudian mendendangkan beberapa buah ...

PENYANYI Baby Shima mengejutkan pelanggan Mirza Kafe Alamesra, Sepanggar apabila tiba-tiba muncul dan kemudian mendendangkan beberapa buah lagu secara solo dan duet dengan artis tempatan diiringi RAY Busker, hujung minggu lalu.

 


Artis itu berkongsi pentas dan berduet dengan artis Sabah Jj Sham yang juga pemilik kafe berkenaan menerusi lagu Senja Nan Merah.

 


Selain itu, Yandy VIP dengan lagu Sandarkan Pada Kenangan dan Chris Winda (Cendol Dawet) serta sebuah lagu solo dari Baby Shima iaitu Aca Aca Nehi Nehi serta lagu penutup Aku Anak Kampung.

Peminat Baby Shima tidak melepaskan peluang bergambar dengan artis berkenaan.

 


Jj Sham pemilik Mirza Kafe  juga menyatakan rasa beruntung atas kunjungan Baby Shima ketika bercuti di Sabah yang tidak dijangka warga kafe itu dan pelanggan.

Related

Terkini 6368614719062288608

Catat Ulasan

emo-but-icon

item