Masjid terapung di Teluk Likas

  MASJID  Bandaraya, tersergam indah di Teluk Likas, Kota Kinabalu, Sabah mempesonakan ramai pengunjung berikutan keunikan seni binanya yang...

 



MASJID Bandaraya, tersergam indah di Teluk Likas, Kota Kinabalu, Sabah mempesonakan ramai pengunjung berikutan keunikan seni binanya yang menggabungkan seni khat, ukiran batu dalam corak geometri Islam dan mempunyai ciri-ciri Masjid Nabawi, Madinah dengan hampir 70 peratus kawasannya dikelilingi air serta diiktiraf sebagai masjid terapung.



Masjid kedua terbesar di ibu negeri selepas Masjid Negeri di Sembulan dibina dalam kolam buatan manusia mula dibuka pada 2 Februari 2000.

Kolam yang mengelilingi kawasan masjid ini juga bukan hanya berfungsi sebagai landskap tetapi juga untuk mengimbangi kepanasan matahari di laman berkenaan terutama waktu tengah hari.

Masjid yang berkeluasan 9,996 meter persegi ini boleh memuatkan sehingga 12,000 jemaah dalam satu masa, meliputi dewan solat utama dan ruang solat perempuan.



Lebih menarik, masjid ikonik Bandaraya Kota Kinabalu tidak bertingkat seperti masjid lain dan mesra jemaah kerana setiap penjuru masuk menyediakan ruangan wuduk.

 


Masjid terapung itu dilengkapi 200 tempat wuduk, 16 tandas dan bilik mandi.

 


Sebelum dunia dilanda pandemik COVID-19, Masjid Bandaraya menjadi tumpuan pelancong dari Korea, China dan Taiwan yang singgah di sini bagi merakamkan fotografi masjid ini.

Related

Terkini 5696578185027960548

Catat Ulasan

emo-but-icon

item