Kursus Asas Komunikasi Bahasa Kadazandusun di IPG Kampus Kent

Pengarah IPG Kampus Kent, Tuaran, Dr Hajah Rosmawati Hamzah (barisan depan, tengah); Ketua Jabatan BKD, IPG Kampus Kent, Linah Bagu (kiri) d...


Pengarah IPG Kampus Kent, Tuaran, Dr Hajah Rosmawati Hamzah (barisan depan, tengah); Ketua Jabatan BKD, IPG Kampus Kent, Linah Bagu (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bahasa Kadazandusun (KLF),
Rita Lasimbang (kanan) pada Kursus Asas Komunikasi Bahasa Kadazandusn di IPG Kampus Kent, Tuaran.

TUARAN
: Jabatan Bahasa Kadazandusun (JBKD) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent, Tuaran buat julung kalinya telah melaksanakan Kursus Asas Komunikasi Bahasa Kadazandusun, Jumaat lalu.

 Kursus itu bertujuan  untuk mendedahkan siswa guru bukan opsyen Bahasa Kadazandusun (BKD) dan juga pensyarah serta staf  IPG bukan penutur bahasa berkenaan berhubung penguasaan asas komunikasi bahasa peribumi terbesar Sabah itu.

 

Pengarah IPG Kampus, Kent, Dr Hajah Rosmawati Hamzah (trengah) menyampaikan Sijil Penghargaan kepada  Linah Bagu sambil disaksikan Rita (kanan) di IPG Kampus Kent, Tuaran.

Slot perkongsian fasilitator dalam kalangan pensyarah BKD dikendalikan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bahasa Kadazandusun (KLF), Rita Lasimbang; Ketua Jabatan BKD, Linah Bagu dan Setiausaha Jabatan BKD, Victor Baga.

Linah yang memulakan sesi menumpukan kepada pengenalan BKD dengan berfokus kepada asas Tatabahasa bahasa terbesar penuturnya di Sabah itu, memberi perkongsian dalam aspek sintaksis BKD, disusuli  Victor membicarakan kemahiran membaca dan menulis BKD  dan Rita memberi perkongsian dalam aspek sintaksis BKD.

 

SEBAHAGIAN peserta Kursus Asas Komunikasi Bahasa Kadazandusun di IPG Kampus Kent, Tuaran.

Kursus sehari tersebut telah dihadiri oleh seramai 16 pensyarah, empat staf dan 46 pelajar.

Bersandarkan respon peserta, kursus itu telah berjaya memberi nilai tambah kepada mereka dalam asas BKD termasuklah Tatabahasa, Kemahiran Menulis dan Membaca serta aspek Sintaksis BKD yang tidak mereka ketahui selama ini.

Peserta juga teruja dengan keunikan BKD yang berbeza dengan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris khususnya dalam aspek sebutan dan binaan kata atau ayat.

 

Pengarah IPG Kampus Kent, Tuaran, Dr Hajah Rosmawati Hamzah (tengah); Ketua Jabatan BKD, IPG Kampus Kent, Linah Bagu (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bahasa Kadazandusun (KLF),
Rita Lasimbang pada Kursus Asas Komunikasi Bahasa Kadazandusn di IPG Kampus Kent, Tuaran.

Kursus tersebut telah berlangsung dengan lancar dan berkesan kerana pengurusannya yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha memutuskan rantaian penularan Pandemik COCID-19.

Dalam pada itu, Linah dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan bahawa kursus tersebut dirancang sejak tahun 2021 dan merupakan aktiviti kedua Jabatan BKD tahun ini selepas aktiviti Pibo’ian Manangon om Momohiis Ontok Tadau Boros Tina Sompomogunan yang telah dilaksanakan pada 21 Februari lepas.

“Aktiviti membudayakan penuturan BKD dalam kalangan pensyarah, staf dan pelajar bukan opsyen BKD amat penting sebagai sokongan terhadap pelestarian bahasa ibunda yang semakin kurang dituturkan khususnya generasi muda masa kini,” katanya.

Majlis Perasmian Penutupan Kursus Asas Komunikasi BKD telah disempurnakan oleh Pengarah IPG Kampus Kent, Dr Hajah Rosmawati Hamzah.

Dalam ucapannya, Rosmawati menaruh harapan agar segala ilmu yang ditimba dapat diperkembangkan dan disemai secara tidak langsung dalam komunikasi dan aktiviti bersama pelbagai kaum di IPG Kampus Kent, sebagai amalan terbaik Jabatan BKD selaku Tier peneraju perkembangan BKD di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

 


Katanya, ini sekali gus menjadi langkah proaktif untuk mewujudkan suasana sosial yang harmonis dan dinamik dalam organisasi IPG Kampus Kent yang berbilang kaum dan berbagai agama, bertepatan dengan Transformati IPGM Gelombang Ketiga 2022.

“Saya yakin kursus  yang menghimpunkan pakar bahasa, pensyarah, staf dan pelajar ini akan menjadi medan ‘mengajar dan belajar’ golongan ilmuwan, komuniti dan ahli akademik untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman, dapatan dan amalan terbaik dalam melaksanakan penambahbaikan berterusan serta alternatif komprehensif terhadap pemantapan warisan bangsa Kadazandusun,” katanya.


Pengarah IPG Kampus Kent, Tuaran, Dr Hajah Rosmawati Hamzah (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bahasa Kadazandusun (KLF), Rita Lasimbang sambil disaksikan Ketua Jabatan BKD, IPG Kampus Kent, Linah Bagu (kiri) pada Kursus Asas Komunikasi Bahasa Kadazandusn di IPG Kampus Kent, Tuaran.



Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Jabatan Hal-Ehwal Pelajar, Amidy MalagobKetua Jabatan Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Kent, Dr Saimin Ginsari; Ketua Unit Kokurikulum, Ahmad Fauzi Mohd Satnih, Penolong Ketua Jabatan BKD, John Gitom; Penyelaras Latihan Pembangunan Staf Jabatan BKD, James GW Molijoh; Penyelaras Kursus Asas BKD, Dr Wilfred Dousip; Penyelaras Kursus Asas Komunikasi BKD, Dr Adeline Leong; Ketua Unit Kediaman Pelajar IPG Kampus Kent, Azman anak Ismail dan  Mariana Tambula.

Related

Terkini 4171002051585180162

Catat Ulasan

emo-but-icon

item