Guru, murid SK Kauluan kreatif, utamakan keceriaan

SK   Kauluan, Tuaran  menjadi pilihan  Program Outreach Pedagogi Sukar  IPG Kampus Ilmu Khas, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. KREATI...

SK Kauluan, Tuaran menjadi pilihan Program Outreach Pedagogi Sukar IPG Kampus Ilmu Khas, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.


KREATIVITI
 guru dan murid menjadikan persekitaran Sekolah Kebangsaan (SK) Kauluan, Tuaran sentiasa ceria dengan landskap lembut serta kejur yang mendamaikan warga sekolah dan pengunjung.

Bayangkan mesin basuh terpakai yang dibeli pada harga RM100 diubah suai menjadi sinki air untuk kegunaan di halaman sekolah.

 

 Program Outreach Pedagogi Sukar IPG Kampus Ilmu Khas, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur di SK Kauluan, Tuaran.


Tayar, botol dan kerusi terbuang dijadikan landskap antaranya berbentuk cawan dan teko, selain dijadikan pasu serta pagar tanaman dengan gubahan menarik.

Botol air plastik pula dicat sebelum digubah menjadi dekorasi sekolah serta pagar hiasan tanaman.

 

Guru Besar SK Kauluan, Tuaran, Siti Alinah Bukari (kanan) menyampaikan cenderamata iaitu replika sompoton sejenis muzik tradisional etnik Kadazandusun kepada Timbalan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Azlina Ahmad.


Sekolah itu juga memiliki taman mini yang menjadi tempat berkebun guru dan murid. Cili padi serta pelbagai spesies sayur dan bunga antara yang menghiasi taman berkenaan.

Dari aspek akademik, bimbingan berterusan tanpa pengabaian terhadap murid lemah menjadi fokus penting sekolah terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli itu.

 

Program Outreach Pedagogi Sukar IPG Kampus Ilmu Khas, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur di SK Kauluan, Tuaran. 



Guru Besarnya, Siti Alinah Bukari
, berkata, sejajar falsafah ‘Usaha Maju Ke Arah Melakar Kecemerlangan’, setiap guru akan mengenal pasti murid lemah dan terus mencari jalan penyelesaian melalui kolaborasi sesama guru dan pihak pentadbiran. 

Ini termaktub dalam dasar sekolah, iaitu “Membina semangat kekitaan dan kerjasama sepasukan berdasarkan semangat kekeluargaan dengan mengamalkan prinsip ‘segala masalah adalah masalah bersama’”.

Bunga menjadi landskap menarik SK Kauluan, Tuaran.


Katanya, pihak pentadbir meliputi Guru Besar dan Penolong Kanan 1 memainkan peranan penting dalam menggerakkan guru untuk terus proaktif dalam melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

 

SK Kauluan, Tuaran sentiasa mengutamakan kepentingan pelajar mengatasi kepentingan diri sendiri.


 

Beliau berkata, guru pemulihan pula memainkan peranan penting dalam usaha memastikan murid lemah terus terlibat dalam PdPR susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada tahun 2020 dan 2021.

Guru Besar SK Kauluan, Tuaran, Siti Alinah Bukari (tengah),  Timbalan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Azlina Ahmad (kanan) dan Pengurus Program Outreach Pedagogi Sukar IPG Kampus Ilmu Khas ke Sabah, Norani Abd Rahim.

 



“Ketika pelaksanaan PdPR, guru sentiasa bekerja keras untuk meningkatkan tahap penguasaan murid secara bimbingan berfokus

"Guru melaksanakan PdPR menggunakan  pendekatan modular, 'project base learning' dan bimbingan berfokus kepada murid lemah. Kita tidak mahu murid yang pandai kekal cemerlang dan yang lemah akan terus ketinggalan.

“Murid yang lemah terus diberi bimbingan melalui kelas pemulihan dan bimbingan berfokus dalam bilik darjah,” katanya dalam sesi taklimat sempena Program Outreach Pedagogi Sukar di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

 

Mesin basuh diubah suai menjadi sinki di SK Kauluan, Tuaran.


Program berkenaan anjuran Majlis Pensyarah Cemerlang (MPC) Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Majlis Guru Cemerlang Malaysia yang bertujuan mengumpul idea, kaedah dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi membantu pendidik yang berhadapan dengan pedagogi berhalangan, baru-baru ini.

 

Penulis (tengah) bersama guru-guru SK Kauluan, Tuaran.


 


Turut bekerjasama dalam program ini ialah IPG Kampus Kent, Tuaran dan IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu. Nota Kerjasama turut dimeterai antara ketiga-tiga IPG terbabit.

 


Pengurus Program Outreach Pedagogi Sukar IPG Kampus Ilmu Khas ke Sabah,  Norani Abd Rahim (kiri) tertarik dengan kaedah PdP ‘didik hibur’ dilaksanakan Guru Bahasa Kadazandusun dan Muzik SK Kauluan, Tuaran, Roslin Dawai.


Siti Alinah berkata, pelbagai kaedah pengajaran dipraktikkan di dalam bilik darjah dengan guru sentiasa berkolaborasi dalam usaha meningkatkan tahap penguasaan murid.

Berhubung penyelesaian terhadap pedagogi sukar, beliau berkata, pihaknya akan  menghubungi ibu bapa atau mencari  murid di rumah mereka untuk mengelakkan masalah keciciran.

 

Landskap lembut dan kejur di SK Kauluan, Tuaran hasik kreativiti guru, murid.


Sekolah ini katanya, mempunyai 14 orang guru yang rata-ratanya muda yang bersemangat memperkenalkan inovasi pengajaran bagi membantu mengurangkan kesukaran yang dihadapi murid.

Botol air plastik  dicat sebelum digubah menjadi dekorasi sekolah serta pagar hiasan tanaman.





Mengenai kerjasama dengan IPGKIK, Siti Alinah, berkata, pihak sekolah berhasrat untuk menjalinkan kerjasama  rapat khususnya dalam pelaksanaan pedagogi sukar ke arah peningkatan pencapaian akademik dan sahsiah.

Botol air plastik  dicat sebelum digubah menjadi dekorasi sekolah.





“Ini juga sejajar dasar kita mengadakan hubungan baik dan kerjasama erat dengan institusi pendidikan di pelbagai peringkat dan agensi kerajaan lainnya,” katanya.

 

Program Outreach Pedagogi Sukar IPG Kampus Ilmu Khas di SK Kauluan membuka lembaran baharu kolaborasi antara kedua-dua institusi pendidikan.




Fakta:

 


Atas faktor keselamatan, walaupun SK Kauluan di luar bandar, murid-murid diambil oleh ibu bapa. Mereka hanya dibenarkan keluar sekolah setelah ibu bapa atau waris sampai.

Mengutamakan kepentingan pelajar mengatasi kepentingan diri sendiri.

Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian pelajar.

Related

Unik 7302839235036143914

Catat Ulasan

emo-but-icon

item