Kurung-kurung raya sekampung, himpun keluarga Gudon

Kurung-Kurung Raya Sekampung di Kampung Gudon, Menggatal sejajar aspirasi Keluarga Malaysia.   KETIKA Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia per...

Kurung-Kurung Raya Sekampung di Kampung Gudon, Menggatal sejajar aspirasi Keluarga Malaysia.



 

KETIKA Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia peringkat negeri berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, Ahad lalu, di Kampung Gudon, Menggatal pula diadakan Perhimpunan Keluarga Gudon.

 


Perhimpunan ‘Kurung-Kurung Raya Sekampung’ atau berkumpul untuk meraikan Aidilfitri sekampung sejajar falsafah masyarakat Bajau Sama iaitu ‘Mangan Nyak Mangan Asal Kurung-Kurung’ yang memberi kesan positif menyatukan masyarakat setempat dan menemukan rasa kebersamaan yang tinggi.

 

Penduduk Kampung Gudon, Menggatal bergotong-royong melapah kerbau sejajar aspirasi Keluarga Malaysia.



Ketua Kampung Gudon, Mohd Aruf Rajit, berkata, ini terbukti apabila pelbagai peringkat usia bermula kanak-kanak sehingga dewasa hadir dalam suasana muhibbah dan balik dalam keadaan gembira.

 

Ketua Kampung Gudon, Mohd Aruf Rajit.


Katanya, dalam konteks inilah falsafah berkenaan berjaya diamalkan, iaitu kehadiran bukan sekadar ‘mangan-mangan’ (makan-makan), sebaliknya paling penting pertemuan yang menyatukan ummah dan mengukuhkan hubungan kekeluargaan.

 

Golongan wanita bergotong-royong melapah daging kerbau sempena Kurung-Kurung Raya Sekampung di Kampung Gudon, Menggatal.



Beliau berkata, pertemuan berkenaan juga amat istimewa sempena Aidilfitri, walaupun sebelum ini program berkenaan pernah dianjurkan, namun kali ini sangat berharga dan berbeza dengan acara sebelum ini.

“Inilah antara ciri-ciri Keluarga Malaysia. Tetapi saya ingin nyatakan inilah keluarga Gudon,” katanya berucap pada majlis ‘Kurung-Kurung Raya Sekampung’ di Dewan Serbaguna Kampung Gudon, Ahad lalu.

Yang turut hadir, Pengerusi Masjid Al Mujahidin Kampung Gudon, Ismail Tudiki; Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Kampung Gudon, Haji Ismail Japar;  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Gudon, Mohadis Sabtu dan penaja program berkenaan, Sharif Nasrul Sharif Nasang, seorang ahli perniagaan kelahiran Kampung Gudon.

 

Sharif Nasrul Sharif Nasang.



Sementara itu,  Sharif Nasrul berkata, Aidilfitri di Kampung Gudon turut diserikan dengan Pertandingan Lampu pelita raya, lampu warna-warni, futsal, badminton, dan berbasikal.

Katanya, tujuan sebenar program berkenaan adalah untuk mengembalikan keceriaan kampung yang sudah lama suram dan sepi.

Beliau berharap nama kampung itu dikenali dengan perkara mulia serta baik bukannya sesuatu yang negatif.

Masyarakat setempat menghadiri majlis Kurung-Kurung Raya Sekampung di Kampung Gudon, Menggatal.

 


Besar hasrat kita untuk menyatukan masyarakat bagi mengukuhkan perpaduan, sekali gus dapat menjadikan kampung ini menjadi kampung yangg harmoni. Semoga kampung kita ini boleh menjadi di antara kampung contoh bagi kampung-kampung yang lain bukan saja di Parlimen Sepanggar, malah di negeri ini.

Pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri sekampung ini marilah kita mengambil peluang untuk berjumpa, mengukuhkan perpaduan dan berkenalan di antara penduduk kampung, mungkin ada di antara kita yang sudah lama tidak berjumpa dan mungkin juga ada di antara kita yang belum pernah berjumpa.

Semoga program sambutan hari raya ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama kita penduduk Kampung Gudon,” katanya. 

 

 

Related

Unik 1563522767555214114

Catat Ulasan

emo-but-icon

item