Rumah terbuka Aidilfitri GISBH Cawangan Sabah meriah
Ahli Lembaga Penasihat GISBH, Tuan Hasnan Abdul Hamid (tengah) menyantuni tetamu pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran GISBH C aw...
KOTA KINABALU: Satay ayam hasil ternakan Syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Lahad Datu antara menu Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran GISBH cawangan Sabah di perkarangan Restoran Al Ikhwan, Sembulan, di sini semalam.
![]() | |
Satay ayam hasil ternakan Syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Lahad Datu. |
Produk biskut raya jenama Ikhwan yang mengekalkan resepi tradisi seperti semperit, kuih bangkit dan tart nenas yang berada di pasaran sejak dua dekad lalu turut menjadi hidangan.
Menu lain adalah gulai kawah, kambing bakar, kelupis, lemang, air buah-buahan dan beraneka juadah dihidangkan secara buffet.
Masyarakat berbilang kaum di Kota Kinabalu dan sekitarnya memeriahkan rumah terbuka Aidilfitri berkenaan yang berlangsung dalam suasana harmoni sejajar aspirasi Keluarga Malaysia.
Peluang berkumpul dan mengeratkan silaturahim seperti ini pastinya lebih bermakna selepas rumah terbuka ‘tertangguh’ dua tahun berikutan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Persembahan nasyid antaranya pelajar menengah Madrasah Waqaf Islamiah Sabah dari Keningau turut menyerikan majlis.
![]() |
Khaulah AtTamimi, isteri Ahli Lembaga Penasihat GISBH, Tuan Hasnan Abdul Hamid, menyantuni tetamu pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran GISBH Cawangan Sabah di perkarangan Restoran Al Ikhwan, Sembulan, Kota Kinabalu.- Gambar GISBH Sabah |
|
![]() |
Persembahan nasyid pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran GISBH Cawangan Sabah di perkarangan Restoran Al Ikhwan, Sembulan, Kota Kinabalu. |
Dari mula perancangan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri GISBH Cawangan Sabah, saf kepimpinan sangat menekankan niat yang betul kerana Allah dengan semua tetamu perlu disantuni seperti keluarga sendiri dan memastikan mereka balik dalam keadaan gembira.
![]() |
Ahli Lembaga Penasihat GISBH, Tuan Hasnan Abdul Hamid (kanan) menyampaikan cenderamata kepada pengunjung majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran GISBH Cawangan Sabah di perkarangan Restoran Al Ikhwan, Sembulan, Kota Kinabalu.- Gambar GISBH Sabah |
GISBH Cawangan Sabah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu melancarkan majlis berkenaan termasuk Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, jabatan dan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan serta mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
![]() |
Kerjasama sepasukan melapah daging untuk majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran GISBH Cawangan Sabah di perkarangan Restoran Al Ikhwan, Sembulan, Kota Kinabalu.- Gambar GISBH Sabah |