Guru dan masyarakat Ulu Kukut berpisah tiada

Fairuz menyampaikan  sijil  penghargaan kepada Penolong Kanan  ( Pentadbiran ) ,  SK Ulu Kukut, Kota Belud,  Haryana Mustapha sambil disaksi...

Fairuz menyampaikan sijil penghargaan kepada Penolong Kanan (Pentadbiran)SK Ulu Kukut, Kota Belud, Haryana Mustapha sambil disaksikan oleh Norawi (kanan) di SK Ulu Kukut.


KOTA BELUD : Keakraban antara guru dan masyarakat setempat yang diamalkan komuniti Kampung Ulu Kukut dan sekitarnya perlu dikekalkan kerana budaya murni itu menjadi tunjang kemajuan dan kecemerlangan sesebuah sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Fairuz Renddan, berkata, tanpa hubungan baik antara kedua-dua pihak akan menyukarkan usaha meningkatkan pencapaian akademik bukan saja di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Kukut, malah sekolah lain di daerah ini.

 

Persembahan murid  SK Ulu Kukut, Kota Belud.

Ini kerana katanya, peranan mendidik dan mendisiplinkan kanak-kanak bukan sahaja terletak di bahu guru, sebaliknya memerlukan kerjasama dengan masyarakat setempat.

Beliau berkata, kerjasama ini diyakini menyumbang kepada  guru di negara ini antara paling berdedikasi di dunia dalam memastikan pelajar mencapai kecemerlangan, seperti direkodkan dalam Bancian Pendidikan Global oleh University of Cambridge pada November 2018.

“Selain kerjasama antara guru dan komuniti, amalan perpaduan kaum perlu  diterapkan seawal usia kanak-kanak kerana usaha ini secara tidak langsung dapat mendidik mereka memahami kepelbagaian kaum, kepercayaan agama dan budaya bukan penghalang untuk saling bekerjasama.

 

Murid berpakaian tradisional Kadazandusun pada Majlis Santai Kaamatan, Raya dan Hari Guru peringkat SK Ulu Kukut, Kota Belud. 

“Tidak semestinya berbeza agama dan budaya kita tidak boleh bersahabat, malah ia menyumbang kepada penyatuan pemikiran kaum di negeri Sabah ke arah kemajuan dalam usaha bersama menjayakan aspirasi Keluarga Malaysia”, katanya berucap merasmikan Majlis Santai Kaamatan, Raya dan Hari Guru peringkat SK Ulu Kukut, di sini, baru-baru ini. 

Turut hadir ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Pintasan , Husaimi Maslin dan guru besar SK Ulu Kukut, Norawi Haji Kata.

 

Fairuz meraikan hari jadi  guru pada Majlis Santai Kaamatan, Raya dan Hari Guru peringkat SK Ulu Kukut, Kota Belud. 


Fairuz turut memuji usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah yang menganjurkan program tersebut yang dihadiri masyarakat pelbagai kaum dan agama.      

Dalam pada itu, Fairuz yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan berkata, slogan ‘Sabah Maju Jaya’ (SMJ) perlu dihayati oleh anak-anak muda untuk mereka mengorak langkah ke arah pembangunan dan kesejahteraan sejajar hala tuju pembangunan SMJ.

 

Fairuz membincangkan sesuatu dengan Norawi mengenai pembangunan sekolah pada Majlis Santai Kaamatan, Raya dan Hari Guru peringkat SK Ulu Kukut, Kota Belud. 



Semasa saya di sekolah rendah, saya telah biasa melihat slogan ini melalui buku latihan sumbangan Yayasan Sabah dan ketika menjadi wakil rakyat, Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor pula melancarkan hala tuju pembangunan Sabah Maju Jaya. Saya sendiri hadir dan menyaksikan hari bersejarah itu.

“Jadi tak perlu lagi slogan ini dipersendakan kerana yang jelas menerusi hala tuju pembangunan SMJ yang dilancarkan pada 29 Mac lalu, ia menggariskan tiga teras utama yang masing-masing diwakili huruf S, M dan J yang diambil daripada singkatan SMJ.

 

Fairuz mengabadikan kenangan bersama guru dan pemimpin masyarakat Kampung Ulu Kukut, Kota Belud.



“Seperti dijelaskan Ketua Menteri, huruf S mewakili sektor utama ekonomi iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan, diikuti huruf M yang mewakili modal insan dan kesejahteraan rakyat, manakala huruf J mewakili jaringan infrastruktur dan kelestarian hijau,” katanya.

Dalam majlis itu, Fairuz telah meraikan beberapa orang guru yang menyambut hari jadi serentak dan menyampaikan sijil penghargaan terhadap kecemerlangan mereka.

 

Related

Terkini 3367279387133073527

Catat Ulasan

emo-but-icon

item