Sapawi menang jawatan Yang Dipertua USIA menewaskan penyandang dan bekas Timbalan Yang Dipertua

SEPANGGAR :   Bekas Ahli Parlimen Sipitang,  Datuk Sapawi   Ahmad dipilih sebagai Yang Dipertua  (YDP)   Pertubuhan Islam Seluruh Sabah ( US...



SEPANGGAR: Bekas Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad dipilih sebagai Yang Dipertua (YDP) Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) penggal 2022-2024 selepas menewaskan penyandang jawatan itu, Datuk Sairin Karno dan bekas Timbalan Yang Dipertua, Datuk Mohammad Yusof Apdal sempena Mesyuarat Agung Ke-35 pertubuhan itu di Menara USIA, 1Borneo, di sini, kemarin.

Datuk Sapawi Ahmad


Pertandingan sengit tiga penjuru itu menyaksikan Sapawi menang dengan majoriti sembilan undi selepas memperolehi 135 undi berbanding pencabar terdekat  Mohammad Yusof dengan 126 undi  dan Sairin hanya memperoleh 50 undi.

Jawatan Timbalan YDP dimenangi Ketua USIA Bahagian Tungku, Abdul Hakim Gulam Hassan selepas menewaskan dua pencabarnya iaitu Datuk Seri Arsit Sedi dan Datuk  Alipudin P Puyon.

 

Abdul Hakim Gulam Hassan 

Sepuluh calon bertanding mengisi lima kuota Naib Presiden yang masing-masing dimenangi  Madaile Basri, Prof Datuk Dr Kasim Mansur, Profesor Adjung Dr Suhaili Riman, Datuk Arshad Idris dan Datuk Pengiran Abdul Rahman Pengiran Digadong Muhammad Galpam.

 


Prof Datuk Dr Kasim Mansur



Kejutan turut berlaku bagi jawatan Ketua Badan Wanita USIA Pusat apabila penyandangnya Datuk Seri Azizah Mohd Dun yang hanya memperolehi 140 undi  tewas kepada Ketua Wanita USIA Bahagian Kuala Penyu, Datuk Siti Aminah Aching yang memperolehi 167 undi.

Bagi jawatan Ketua Belia USIA seperti dijangka penyandangnya, Jamawi Jaafar berjaya mempertahankan jawatan tersebut dengan memperolehi 178 undi menewaskan pencabarnya Salleh Jatil yang memperolehi 136 undi.

 

Jamawi Jaafar

Seramai 18 orang barisan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dipilih pada mesyuarat agung kali ini iaitu Datuk Matin Datuk Pandin, Amat Saruna, Zulpah Tun Datu Mustapha, Jumain Abdul Ghani, Ruslan Muharram, Yahya OKK Zainal dan Datuk Zakaria Edris.

 Seterusnya, Abd Kahar Abd Rahman, Nani Abah, Piduman Abdul Majid, Edul Mulud, Ustaz Senan Jipar, Ustaz Serubih Marimin, Ahmad Mohd Said, Datuk Pengiran Saifuffin Pengiran Tahir, Rafaeh Enarji, Ustaz Danial @ Zainal Aliudin dan Nursuhana Abdullah.

 

Ustaz Senan Jipar

Sementara itu, ketika berucap menangguhkan mesyuarat agung tersebut, Sapawi yang juga Ketua Bahagian USIA Sipitang yakin pimpinan yang dipilih kali ini mampu memikul tanggungjawab besar diamanahkan perwakilan untuk melaksanakan serta memperkasakan gerakan dakwah di Sabah.

Katanya, tugas tersebut tidak mampu dilakukan secara berseorangan tanpa adanya sokongan serta kerjasama daripada pimpinan tertinggi USIA, selain dokongan daripada seluruh ahli USIA di semua peringkat.

“Kita akan bekerja dan bergerak sebagai satu pasukan dalam memperkasakan gerakan dakwah negeri ini, selain turut memberikan tumpuan kepada usaha meningkatkan ekonomi dan kebajikan ahli-ahli USIA,” katanya.

Sapawi berkata, USIA yang mempunyai kira-kira 60,000 ahli, lebih terbuka terutama dalam memberi khidmat kepada masyarakat Sabah berbilang latar belakang dengan membawa idea baharu mendepani isu semasa supaya ia kekal relevan membantu rakyat di negeri itu.

Selain itu, beliau berkata, dengan dakwah berkesan serta hubungan erat NGO Islam dan masyarakat berbilang latar belakang, semua isu dan permasalahan terutama melibatkan agama Islam dapat dileraikan dengan aman dan harmoni.

"Kita berikan (khidmat) kepada semua kerana di Sabah masyarakatnya hidup harmoni berbilang latar belakang, mungkin dia Muslim bapanya bukan Muslim tetapi Islam menekankan walaupun ada ahli keluarga masuk Islam kita tidak akan dipisahkan, kekeluargaan kekal erat,” katanya.

Reaksi:

IKATAN Penulis Sabah (IPS) mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dengan jabatan dan agensi Islam milik kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri Sabah, khususnya bagi memartabatkan syiar Islam di negeri Sabah dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan.

Pimpinan IPS sedia bekerjasama dengan USIA - Gambar Hiasan 


"IPS turut mengucapkan tahniah kepada Sapawi atas pemilihan beliau sebagai YDP USIA dan melihat ke depan untuk bekerjasama dengan USIA dalam menjayakan kegiatan yang menjurus kepada kebudayaan dan kesenian Islam bernuansakan Sabah,” - Ketua Satu IPS, Ustaz Abdul Muizz Awang Marusin

 

Ucapan tahniah daripada MDN Sabah.

MAJLIS Dakwah Negara, Negeri Sabah turut mengucapkan tahniah kepada Sapawi atas pemilihan beliau sebagai Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah pada 25 Jun 2022. Semoga hubungan baik MDN Sabah dan USIA di bawah Yang Dipertua yang baharu dipilih berkekalan.



Related

Terkini 1145163771829549834

Catat Ulasan

emo-but-icon

item