Fenomena awan garis badai landa Pantai Barat Sabah

  Fenomena awan garis badai. - Gambar Facebook KOTA KINABALU :   F enomena awan luar biasa bergaris panjang yang terbentuk di Pantai Barat S...

 

Fenomena awan garis badai. - Gambar Facebook

KOTA KINABALU:  Fenomena awan luar biasa bergaris panjang yang terbentuk di Pantai Barat Sabah pagi tadi dikenali garis badai.

Memetik laporan Sinar Harian, Pengarah Meteorologi Sabah, Amirzudi Hashim, berkata, garis badai adalah barisan ribut petir bergerak yang panjangnya boleh mencapai sehingga ratusan kilometer dan tempoh hayat selama beberapa jam.



"Garis badai yang berlaku awal pagi tadi mula terbentuk di Laut China Selatan berdekatan perairan Brunei pada awal subuh dan bergerak sepanjang Pantai Barat Sabah.

Garis badai menghasilkan langkisau dan hujan lebat yang dahsyat serta meluas berbanding ribut petir biasa,” katanya.

Amirzudi berkata, garis badai kerap dilihat ketika monsun Barat Daya di sepanjang pantai Sabah dan Sarawak yang menghadap Laut China Selatan serta barat Semenanjung Malaysia.

Katanya, garis badai biasanya berlaku ketika menjelang subuh dan awal pagi, namun, garis badai boleh terbentuk pada waktu petang dan bergerak ke daratan seiring dengan angin lazim.

Beliau berkata, pagi tadi, angin barat daya berkelajuan antara 20-25 knots bertiup di persisiran Pantai Barat Sabah. 

"Gabungan antara keadaan atmosfera yang panas dan lembab, bayu darat serta tiupan angin barat daya yang agak kencang menggalakkan pertumbuhan awan kumulonimbus di sepanjang Pantai Barat Sabah.

“Keadaan atmosfera dan angin pagi tadi merupakan kondisi yang kondusif bagi pembentukan garis badai,” katanya.


Fakta

Pakar Klimatologi, Prof Madya Ts Dr Ramzah Dambul dipetik daripada Facebooknya berkata, awan berkenaan dikenali awan arcus. Walaupun fenomena itu petanda cuaca yang kurang baik tetapi tidak berbahaya seperti taufan.

Awan rendah yang memanjang seperti ombak tsunamisebenarnya ada hubung kait dengan awan kumulonimbus.

 


Kedua-dua awan ini terbentuk akibat pertembungan udara panas dan sejuk, satu situasi atmosfera yang tidak stabil. 

Sebab itulah   kehadiran awan arcus menyebabkan cuaca kebiasaannya akan disusuli angin kencang, hujan lebat dan ribut petir.

 

Related

Unik 8683752402663072543

Catat Ulasan

emo-but-icon

item