Tsunami politik gegar Malaysia bila-bila masa

PADA  hari ini tujuh tahun lalu atau tepatnya 28 Julai 2015, pada j am 12.30 tengah hari, penulis menghantar 'news alert' mengenai  ...

PADA hari ini tujuh tahun lalu atau tepatnya 28 Julai 2015, pada jam 12.30 tengah hari, penulis menghantar 'news alert' mengenai Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta sejam kemudian menjadi bekas menteri.

 

Tangkap layar dari Kutubkhanah Azrone.

Terdahulu, pada 27 Julai 2015, penulis menulis artikel Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri, dan sehari kemudian mantan Timbalan Perdana.

Itulah politik Malaysia. Jangan selesa di atas kerana tsunami politik boleh berlaku bila-bila masa.

 


Pada 28 Julai 2015, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan rombakan Kabinet yang menyaksikan pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu, menggantikan Muhyiddin.

Rombakan kabinet itu turut melibatkan pelantikan tujuh menteri dan sembilan timbalan menteri baharu termasuk melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mennggantikan Shafie.

Berikut artikel penulis yang dipetik daripada Kutubkhanah Azrone

Rombakan Kabinet, tunggu sehingga pengumuman -Shafie

Oleh Mohd Azrone Sarabatin

azrone@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal enggan mengesahkan khabar angin penggugurannya dalam Kabinet.

"Tunggu dulu, kita tunggu dulu bila rombakan Kabinet dibuat," katanya kepada media ketika ditemui selepas menghadiri majlis Aidilfitri FELCRA Berhad di Wisma Felcra, di Setapak, dekat sini sebentar tadi.

Beliau yang hanya tersenyum dan menjawab ringkas, bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sama ada rombakan Kabinet akan dibuat atau sebaliknya.

Related

Terkini 2543816657765152947

Catat Ulasan

emo-but-icon

item