Antara Sabah tidak pernah masuk Malaysia dan Yang di-Pertuan Agong dua negara
Dokumen pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.- Gambar Wikipedia SABAH Merdeka 31 Ogos 1963 dan tidak pernah masuk Malaysia - ini fak...
![]() |
Dokumen pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.- Gambar Wikipedia |
SABAH Merdeka 31 Ogos 1963 dan tidak pernah masuk Malaysia - ini fakta bukan auta.
Gabenor Koloni, Sir William Goode menamatkan era kolonial Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dengan mengisytiharkan Borneo Utara (sekarang Sabah) membentuk kerajaan sendiri pada tanggal 31 Ogos 1963.
Perisytiharan rasmi kemerdekaan Sabah hanya dibuat pada 16 September 1963 di Padang Merdeka, Jesselton (sekarang Kota Kinabalu) oleh Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Mohd Fuad Stephens.
Sabah kemudian membentuk Malaysia bersama Sarawak, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura pada tanggal itu.
![]() |
Tun Mohd Fuad membaca perisytiharan rasmi kemerdekaan Sabah sempena perisytiharan Pembentukan Malaysia di Padang Merdeka, Jesselton pada 16 September 1963.- Gambar Jabatan Penerangan |
![]() |
Ketua Menteri pertama Sabah, Tun Mohd Fuad Stephens (dari kiri), Yang di-Pertua Negara Sabah pertama, Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Timbalan Pertama Menteri pertama Malaya, Tun Abdul Razak Hussein pada hari perisytiharan Pembentukan Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada 16 September 1963. |
Kalau masuk Malaysia, persoalan penulis, macam mana masuk negara yang tidak wujud dan hanya wujud selepas pembentukannya dipersetujui bersama khususnya oleh Sabah, Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu.
![]() |
Dari Kutubkhanah Azrone |
Selamat Hari Kemerdekaan Ke-65.
Yang di-Pertuan Agong dua negara?
Tuanku Syed Harun Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail adalah Yang di-Pertuan Agong terakhir bagi Persekutuan Tanah Melayu dan yang pertama bagi Malaysia selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.