Contoh berita dapat view tinggi dan berita ‘human interest’

 Contoh berita dapat view tinggi Sebanyak 23,00 view & 331 kongsi. - Kutubkhanah Azrone  ARTIKEL disiarkan Berita Harian pada  23 Septe...

 Contoh berita dapat view tinggi

Sebanyak 23,00 view & 331 kongsi. - Kutubkhanah Azrone 


ARTIKEL disiarkan Berita Harian pada  23 September 2016 mendapat sebanyak 23,000 view dan dikongsi 331 akaun media sosial.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/09/195444/pelajar-tingkatan-dua-peserta-termuda-ke-london


Dibaca seramai 60,848 orang.- Kutubkhanah Azrone


Artikel disiarkan New Straits Times (NST) pada 28 April 2018 dibaca seramai 60,848 orang.

https://www.nst.com.my/news/politics/2018/04/362731/oh-no-pkr-wangsa-maju-candidate-forgets-her-mykad

 

Contoh berita ‘human interest’

 

Kutubkhanah Azrone

Ibu bukan Islam temani anak di Konvokesyen Darul Quran

Mohd Azrone Sarabatin - Julai 27, 2019 @ 3:15pm

azrone@bh.com.my

HULU SELANGOR: Kehadiran seorang wanita bukan Islam menemani anaknya orang kurang upaya (OKU) naik ke pentas menerima Sijil Asas Tahfiz pada majlis Konvokesyen Darul Quran, di sini, hari ini, menarik perhatian hadirin yang memenuhi dewan.

Ang Bee Cheng, 48, menemani anaknya, Tan Mike Foong, 23, seorang mualaf yang berjaya menamatkan Sijil Asas Tahfiz selama setahun di Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kuala Kubu.

Mike Foong berjaya menghafaz 10 juzuk al-Quran walaupun bermasalah penglihatan sejak dilahirkan.

Menggunakan braille sebagai medium pembelajaran, beliau kini meneruskan pengajian peringkat Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat yang disyaratkan menghafaz kesemua 30 juzuk al-Quran dalam tempoh tiga tahun.

“Insya-Allah, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menamatkan pengajian peringkat diploma dan sebagai manusia biasa, cita-cita melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah memang ada dalam sanubari,” katanya.

Mike Foong adalah seorang daripada 601 graduan Darul Quran yang menerima sijil dan diploma pada majlis Konvokesyen Darul Quran Ke-28.

Penganugerahan sijil dan diplomadi sempurnakan Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Seramai tujuh pelajar kategori mualaf dan etnik pribumi termasuk Kagayan, Dusun, Melanau dan Murut dari Sabah dan Sarawak menerima sijil masing-masing.

Bagi Bee Cheng, walaupun berbeza agama, ia bukan halangan kepadanya untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak sulung daripada tiga beradik itu.

“Kasih sayang saya pada Mike Foong tidak pernah hilang, dan saya juga akan memastikan makan minumnya adalah halal.

“Sebenarnya saya hanya mengetahui Mike memeluk Islam selepas setahun setengah beliau mengucap dua kalimah syahadah, sebelum memilih melanjutkan pengajian ke Darul Quran,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Nordin berharap pelajar mualaf berkenaan akan menjadi ‘duta Rahmatan Lil Alamin’ (rahmat sekalian alam) kepada kelompok masyarakat mereka.

“Kita harap pada masa depan, lebih ramai kelompok masyarakat mereka yang menjadi ‘hamalatul Quran’ (pembawa al-Quran),” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/07/589720/ibu-bukan-islam-temani-anak-di-konvokesyen-darul-quran

Kutubkhanah Azrone


By Mohd Azrone Sarabatin - July 29, 2018 @ 5:42pm

KLANG: What do you do when you realise that you have crossed the constituency border while doing your by-election campaign rounds? Just keep on campaigning anyway, as in the case of a Wanita Umno election machinery from the Gombak division.

“We visited a house and explained the importance of supporting Barisan Nasional (BN) to the family members who enthusiastically listened to our arguments.

“When we asked them to vote for BN, the house owner explained that his family were Kota Kemuning constituents, and not Sungai Kandis.

“We also came across BN supporters from Sijangkang state constituency who has been bedridden and is in dire need of help.

“We hope that the Selangor government does not practise favouritism in extending assistance to the people,” said the group’s spokesman, who wished to remain anonymous, when met at Umno operations room in Kampung Seri Nadi.

On the voters’ response gathered throughout the campaign, she said there were Pas followers who had voiced their support for BN.

Surprisingly, she said, there were also BN supporters who had switched to PKR.

https://api.nst.com.my/news/politics/2018/07/395830/enthusiastic-wanita-umno-team-campaigns-kota-kemuning-only-realise



Related

Terkini 6973352640540598396

Catat Ulasan

emo-but-icon

item