Datuk Jamdin arkib hidup sejarah kemerdekaan Sabah, pembentukan Malaysia

Datuk Jamdin Buyong. J IKA  di Sabah ada wartawan bernama Datuk Jamdin Buyong yang terlibat menulis berita kemerdekaan Sabah dan pungutan su...

Datuk Jamdin Buyong.


JIKA di Sabah ada wartawan bernama Datuk Jamdin Buyong yang terlibat menulis berita kemerdekaan Sabah dan pungutan suara pembentukan Malaysia, di Sabah Lama ada, Saba Kidane.

Datuk Jamdin Buyong.

Kenapa penulis kata Kidane wartawan wanita Sabah Lama?.

Saba Kidane. - Pix www.asmarino.com


Eritrea negara asal Kidane pada zaman silam adalah sebahagian  Kerajaan Saba'. Eritrea merdeka dari Habsyah melalui suatu referendum pada 1993.

Selain seorang wartawan terlibat menulis kemerdekaan negaranya, Kidane berhenti sekolah pada usia 13 tahun dan menyertai Barisan Hadapan Pembebasan Rakyat Eritrea. Dia kembali ke sekolah pada tahun 1995 selepas dua tahun kemerdekaan negaranya.

Bekas Pengarang ruangan bahasa Melayu, akhbar Sabah Times, Datuk Jamdin Buyong dalam wawancara bersama penulis baru-baru ini, berkata pembentukan Malaysia masih segar dalam ingatannya kerana beliau terbabit secara langsung membuat liputan dan menyunting berita peristiwa bersejarah itu.

Pengkaji sejarah tempatan itu yang juga bekas Pengarah Jabatan Muzium Sabah, berkata Borneo Utara (sekarang Sabah) turut mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963, sekali gus bercanggah dengan pandangan beberapa ahli sejarah kononnya, Sabah merdeka ‘menerusi’ Malaysia.

Penulis berswafoto bersama Datuk Jamdin Buyong di Kota Kinabalu, baru-baru ini.


Katanya, menjelang kemerdekaan Sabah dan pembentukan Malaysia, rakyat Sabah sedar ancaman keselamatan di sekelilingnya seperti pengaruh komunis di negara  serta negeri jiran dan konfrontasi dilancarkan negara jiran.

“Ini antara punca utama Sabah bersetuju bersama Tanah Melayu dan Sarawak, membentuk Malaysia dan atas bantuan Tanah Melayu, tuntutan negara jiran terhadap Sabah dapat diselesaikan secara bijak,” katanya.

Jamdin berkata, ketika ini sambutan Hari Kemerdekaan (31 Ogos) dan Hari Malaysia (16 September) dijadikan isu oleh pihak tertentu yang kononnya Malaysia mempunyai dua hari kebangsaan.

 “Propaganda seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana tanggal 16 September yang diisytiharkan Hari Malaysia ialah kesinambungan pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, disusuli Borneo Utara tanggal 31 Ogos 1963, " katanya.

Jamdin juga adalah bekas Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jabatan Cetak Kerajaan Sabah serta penerima Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa sempena Dekad Bahasa Kebangsaan 2020 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah.

Kuasa penjajah bertapak di Borneo Utara pada 1761 apabila pegawai Syarikat Hindia Timur Inggeris di Madras, Alexander Dalrymple, mendarat di Pulau Balambangan, Kudat selepas dibenarkan Sultan Sulu dan 120 tahun kemudian, British secara rasmi menakluki negeri kaya dengan hasil minyak, pertanian, perikanan dan pelancongan itu.

Sabah yang sebelumnya dikenali sebagai Borneo Utara mulai dijajah pada tahun 1881 sehingga 1942 oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB).

Seterusnya ketika Perang Dunia ke-2, Sabah telah dijajah oleh Jepun pada tahun 1942 sehingga 1946.

Selepas Perang Dunia ke-2 berakhir dan Jepun menyerah kalah, Sabah telah diletakkan di bawah pentadbiran British dan dikenali sebagai Tanah Jajahan Mahkota British bermula pada tahun 1946 sehingga tahun 1963.

 

Related

Terkini 705568629479117222

Catat Ulasan

emo-but-icon

item