FIJO 2022 Inisiatif jadikan Johor Hab Halal Serantau

    LEBIH  300 pempamer tempatan dan antarabangsa dijangka menyertai   Festival Islam & Halal Antarabangsa Johor 2022 (FIJO 2022) di Joh...

  


LEBIH 300 pempamer tempatan dan antarabangsa dijangka menyertai Festival Islam & Halal Antarabangsa Johor 2022 (FIJO 2022) di Johor Bahru, Johor pada 29 September hingga 2 Oktober ini, sekali gus menjadi inisiatif strategik kerajaan negeri untuk meletakkan Johor sebagai hab halal serantau.

Festival empat hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor (Persada Johor) itu, bakal mempromosikan keupayaan Johor sebagai antara pemain industri halal global untuk membekalkan produk dan perkhidmatan kepada pengguna pasaran halal tempatan serta antarabangsa.

FIJO 2022 melibatkan lapan kluster pempamer iaitu ICT dan telekomunikasi; agensi kerajaan; teknologi makanan; kewangan dan e-dagang; perindustrian dan jentera; farmaseutikal, kosmetik dan fesyen; pelancongan; serta pendidikan.

Promosi festival itu dimulakan dengan Majlis Pra-Pelancaran FIJO 2022 yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi  Mad Shah, di sebuah hotel di Johor Bahru, hari ini.

FIJO 2022 dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor menerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) dengan kerjasama Warisan Advertising Sdn Bhd.

Festival pertama menerusi FIJO 2019, menyaksikan 300 pempamer tempatan selain syarikat dari beberapa negara termasuk Singapura, Indonesia, Turki dan Thailand turut serta mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing.

 

Info

FIJO 2022 menyasarkan jualan sebanyak RM20 juta serta lebih 150,000 pengunjung,”. -  Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah.

Related

Terkini 2606589131366941494

Catat Ulasan

emo-but-icon

item