Melaka lokasi sambutan Hari Malaysia 2022, buat julung kali diadakan di luar Sabah dan Sarawak
Sambutan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia turut dirasai di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag, Semporna. PUTRAJAYA: Melaka bakal m...
![]() |
Sambutan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia turut dirasai di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag, Semporna. |
PUTRAJAYA: Melaka bakal menjadi tuan rumah kemuncak sambutan kemerdekaan dan pembentukan negara apabila ia menjadi lokasi sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelbagai program diatur dan bakal diadakan termasuk Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan.
Beliau berkata, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini bertemakan 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' amat bersesuaian dengan iltizam dan konsep keharmonian sebuah keluarga besar berteraskan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
Katanya, Teguh Bersama merujuk kepada kekuatan dan kesepaduan kolektif oleh Keluarga Malaysia dalam mengharungi pelbagai cabaran dengan semangat sebuah keluarga.
![]() |
Jalur Gemilang dan bendera Sabah berkibar di Sekolah Kebangsaan (SK) Balimbang, Pulau Bum-Bum, Semporna. |
"Semangat Keluarga Malaysia Teguh Bersama ini harus disemarakkan dan dihayati oleh segenap lapisan masyarakat dalam usaha kita mensejahterakan kehidupan rakyat ketika mendepani cabaran ekonomi global.
"Saya yakin, apabila kita melakukannya secara bersama-sama, tiada siapa yang mampu mengganggu-gugat keteguhan Keluarga Malaysia.
"Ia akan disusuli dengan Sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos dan Sambutan Hari Malaysia di Melaka pada 16 September," katanya ketika melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Dataran Putrajaya, di sini pada 30 Julai lalu.
![]() |
Jalur Gemilang berkibar di Putrajaya menjelang Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 pada 30 Julai 2022. - FOTO BERNAMA |
Tahun lalu, sambutan Hari Kebangsaan diadakan secara sederhana di Dataran Pahlawan Negara, di sini, manakala pada 2020 hanya perutusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah disiarkan secara langsung.
Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, beliau turut mengajak seluruh Keluarga Malaysia menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan mewarnai dan menghiasi setiap premis dengan Jalur Gemilang bagi mencerminkan rasa cintakan tanah air.
![]() |
Dari Kutubkhanah Azrone |
Katanya, Bulan Kebangsaan adalah istimewa semua akan menyaksikan penyertaan seluruh Keluarga Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang di pelbagai tempat termasuk kawasan perumahan, kediaman, pejabat dan sekolah.
![]() |
Dari Kutubkhanah Azrone |
"Saya gembira melihat suasana sebegini kerana ia akan menaikkan semangat patriotisme dalam diri kita untuk meneruskan perjuangan dalam mengekalkan kebebasan yang dikecapi sejak 31 Ogos 1957," katanya.
Sumber: BH Online 30 Julai 2022.
FAKTA
“Kita berjuang bersungguh-sungguh bukan sekadar berpolitik untuk memberi tempat dan kedudukan,”. - Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Tunku Abdul Rahman adalah Bapa Kemerdekaan merangkap Perdana Menteri Malaysia Pertama (31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970).