PUISI: Anak desa di Pulau Syurga dan Kembara Ilmu Sarjanaku karya Abdul Nasir Paisal

Penulis (kiri)  menerima cenderamata daripada Timbalan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Dr Yazid Abdul Manap sempena Jelajah Komuni...

Penulis (kiri)  menerima cenderamata daripada Timbalan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Dr Yazid Abdul Manap sempena Jelajah Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) 33 Teknik Amalan Penyampaian Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) Guru Cemerlang (GC) dan Pensyarah Cemerlang (PC) serta Program Outreach Pedagogi Sukar di pulau-pulau di Semporna.

 



ANAK DESA DI PULAU SYURGA

Oleh: Abdul Nasir Paisal

 

Akulah anak desa

Girang selalu di atas sampan

Mudik ke sekolah ilmu ditimba

Dek hari muka, masa depan.

 

Akulah anak desa

Tak letih di atas sampan

Hari-hari menjenguk muara

Belajar titi nan usang bukan halangan.

 

Akulah anak desa

Berpanas berhujan di atas sampan

Menghirup udara segar sentiasa

Bersyukur atas nikmat Tuhan.

 

Akulah anak desa

Menagih sebuah kemajuan

Andai Pulau Pababag bak Putrajaya

Peroleh limpahan kemajuan.

 

Akulah anak desa

Bersyukur dek anugerah gembira

Atas nikmat Yang Maha Kuasa

Nyaman sentosa di Pulau Syurga.

 

04 Ogos 2022

 

 

 

Penulis (kanan) bersama Tokoh Guru Pejabat Pendidikan Daerah Semporna 2022, Cikgu Isre Kabbulia.




 


KEMBARA ILMU SARJANAKU

Oleh: Abdul Nasir Paisal

 

Kembara ini menghadiahiku aksara bahagia

Teman-teman sarjana ziarahnya membalut luka

Mendodoikan irama menghidangkan juadah Gardenia

Anak-anak desaku terkesima santunnya mulia.

 

Kembara ini menghadirkan budi leluhur bangsa

Busana ala Bimbang Bajau, tarian Igal indah seninya

Memukau teman-teman sarjanaku bersama-sama

Gahnya anak-anak desaku mempamer budaya bangsa.

 

Kembara ilmu sarjanaku benar-benar menginsafkan

Anak-anak desa riang,  ikhlas santunnya berbudi bahasa

Teman-teman sarjanaku suaranya suara kedamaian

Menghadiahkan harapan kejayaan nusa dan bangsa.

 

Kembara ini mengijazahkan keyakinan sufi

Untuk anak-anak desa tawaduk mencari  hakikat diri

Yang gigih berjuang yang tawakal usaha peroleh janji Ilahi

Bertemu di maqam qada dan qadar-Nya yang pasti.

 

 Penulis Puisi adalah Pegawai Cemerlang Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+)  di  Pejabat Pendidikan Daerah Semporna, Sabah.

Penulis (tengah) menyertai rombongan Jelajah Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) 33 Teknik Amalan Penyampaian Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) Guru Cemerlang (GC) dan Pensyarah Cemerlang (PC) serta Program Outreach Pedagogi Sukar di pulau-pulau di Semporna.





 

Penulis (tengah) bersama pendidik Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Sumandi, Semporna sempena Jelajah Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) 33 Teknik Amalan Penyampaian Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) Guru Cemerlang (GC) dan Pensyarah Cemerlang (PC) serta Program Outreach Pedagogi Sukar di pulau-pulau di Semporna.

 

 

Related

Terkini 4234454203577004798

Catat Ulasan

emo-but-icon

item