Menulis untuk generasi masa depan
KOLUMNIS Oleh Awang Abdul Muizz Awang Marusin S EMPURNANYA ilmu, kemahiran dan budi yang diajar dan dipelajari pada hari ini datangnya ...
KOLUMNIS
Oleh Awang Abdul Muizz Awang Marusin
SEMPURNANYA ilmu, kemahiran dan budi yang diajar dan dipelajari pada hari ini datangnya daripada penulisan.
![]() |
Pelancaran buku kumpulan puisi 'Catatan buat Teman Setia' disempurnakan oleh Pengarah ILPKK, Sudirman Hammade di Sepanggar. |
Penulisan memiliki banyak fungsinya kepada tamadun manusia, antaranya termasuklah membolehkan seseorang menuturkan sesuatu bahasa, mengenali jati diri bangsa dan menghargai seni, budaya dan warisan yang menunjanginya.
Kepelbagaian profesion tidak menghalang seseorang daripada menulis. Kita tidak perlu menjadi penyair, pencerita atau sasterawan untuk menulis.
Kita hanya perlu menjadi diri sendiri, menulis cerita dan pengajarannya dengan ketulusan hati budi, agar dapat dipelajari generasi kini dan nanti.
Semua pihak, khususnya belia yang masih berada di bangku sekolah dan menara gading dan mereka yang berkerjaya, untuk menulis segala-galanya yang terbuku di minda dan hati yang boleh dijadikan teladan dan pengajaran kepada rakan-rakan yang lain dan generasi seterusnya.
Penulisan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan industri-industri yang lain.
![]() |
Awang Abdul Muizz menyerahkan kumpulan puisi 'Catatan buat Teman Setia' kepada Pengarah ILPKK, Sudirman Hammade sebagai cenderamata selepas perasmian karya sastera itu di Sepanggar. |
Hakikatnya, penulisan ialah sebuah industri, sama seperti industri-industri yang lain yang mendukung sesama sendiri.
FAKTA
Artikel ini dipetik daripada pidato bertajuk 'Catatan buat Teman Setia: Sebuah Janji kepada Bangsa dan Negara yang Terlaksana' di Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK), Sepanggar, hari ini.
Awang Abdul Muizz menyampaikan pidato tersebut bersempena dengan pelancaran buku kumpulan puisinya, 'Catatan buat Teman Setia' yang telah disempurnakan oleh Pengarah ILPKK, Sudirman Hammade.
Buku itu mengandungi 76 buah puisi yang dikarang dari tahun 2009 hingga tahun 2020.
Kumpulan puisi itu mengisahkan rangkaian perjalanan hidup seorang pemuda dari dari bangku sekolah ke menara gading sehinggalah kembali semula ke bangku sekolah sebagai seorang guru.
Buku itu termasuk dalam daftar 100 buah buku karya penggiat sastera seluruh rantau Asia Tenggara yang akan diperkenalkan dalam Festival Sastera Internasional Gunung Bintan 2022. Acara tersebut dijadualkan pada 27 September ini di Universitas Maritim Raja Ali Haji, Tanjungpinang, Kepulauan Riau, Indonesia.
Ustaz Awang Abdul Muizz Awang Marusin adalah Ketua Satu Ikatan Penulis
Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pengarang Sabah Taim.