Sabah Taim capai sejuta view

ALHAMDULILLAH  portal berita, Sabah Taim merekodkan view ke sejuta tepat jam 2 petang tadi, mengikut statistik Blogger.com. Kejayaan mencapa...



ALHAMDULILLAH portal berita, Sabah Taim merekodkan view ke sejuta tepat jam 2 petang tadi, mengikut statistik Blogger.com.

Kejayaan mencapai sejuta view turut menerima ucapan tahniah daripada Penyandang Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abd Muis dan Pengarah Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah, Datin Lucy Irene Yong.

Selain itu, ucapan tahniah yang disampaikan menerusi Facebook turut diterima daripada bekas Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Almain Ajirul dan Pengasas portal berita bebas Suara Merdeka, Borhan Abu Samah.

Ucapan sama turut disampaikan Yang Dipertua Persatuan Bahasa dan Budaya Bajau Sama Sabah, Chendramata Sinteh dan penerima Hadiah Kewartawanan Malaysia, Institut Akhbar Malaysia (MPI)-PETRONAS 2021 Kategori Wartawan Muda A Samad Ismail, Ahmad Suhael Ahmad Adnan.

 


Portal Berita Sabah Taim mula beroperasi sebagai blog pada 19 Julai tahun lalu, sebelum dinaiktaraf kepada portal berita pada 31 Julai tahun sama dan menyambut ulang tahun pertama bulan Julai lalu.

Akhbar dalam talian yang boleh dilayari menerusi  https://www.sabahtaim.com adalah sebahagian rangkaian media dan komunikasi profesional Telum Media kawasan Asia Pasifik.

Related

Terkini 3926859465981850432

Catat Ulasan

emo-but-icon

item