6 pasukan berentap merebut Piala Repco 97 edisi ke-2
ENAM kelab bola sepak Repco akan berentap merebut Piala Repco 97 Edisi Ke-2 di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabal...
ENAM kelab bola sepak Repco akan berentap merebut Piala Repco 97 Edisi Ke-2 di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu pada 22 dan 23 Oktober ini.
![]() | |||
ENAM pasukan yang berentap merebut Piala Repco 97 Edisi Ke-2. |
Pasukan berkenaan adalah Repco Pantai Barat Selatan, Repco Pendalaman Atas, dan Repco Tawau yang diletakkan dalam Kumpulan A.
Kumpulan B pula membabitkan pasukan Repco Pantai Barat Utara selaku tuan rumah, Repco Pendalaman Bawah dan Repco Sandakan.
Pengerusi penganjur, Fadli Juanas, berkata, kejohanan ini adalah kesinambungan pertandingan edisi pertama yang berlangsung pada 1997.
Katanya, kejohanan ini lebih kepada ‘penyatuan semula’ (reunion) pasukan yang berentap 25 tahun lalu bagi membolehkan pemain bertemu semula untuk mengukuhkan silaturahim dan mengekalkan persahabatan.
Beliau berkata, peringkat awal enam pasukan akan berentap yang dibahagikan kepada dua kumpulan yang bermain secara liga.
“Selepas liga tamat, pasukan juara Kumpulan A akan menentang pasukan teratas Kumpulan B untuk menentukan juara dan naib juara kejohanan.
“Naib juara kedua-dua kumpulan pula berentap merebut tempat ketiga, manakala di tempat ketiga setiap kumpulan akan bertembung merebut tempat kelima,” katanya dalam satu kenyataan, di Sepanggar, hari ini.
Perasmian penutupan dan penyampaian hadiah pada 23 Oktober, jam 7 malam dijangka disempurnakan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy.
Juara kejohanan itu akan membawa pulang wang tunai RM2,000, medal dan Piala Pusingan, naib johan (RM1,500 dan medal), ketiga (RM1,000 dan medal), keempat (RM700 dan medal), manakala kelima dan keenam masing-masing menerima RM500.
Kejohanan berkenaan dicadangkan menjadi acara tahunan selepas ini dengan setiap pasukan akan bergilir menjadi tuan rumah.
INFO
Kuota pemain beraksi dalam satu masa:
Penjaga gol - berumur 40 tahun atau lahir pada 1982.
Pemain lahir 1977 - 1980 - enam orang.
Pemain lahir 1972 - 1976 - empat orang.