Artikel Pengarang Sabah Taim dalam buku teks Tingkatan 5
ALHAMDULILLAH Kementerian Pendidikan menggunakan artikel penulis untuk Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5 Kurikulum Standard Sekolah Menen...
ALHAMDULILLAH Kementerian Pendidikan menggunakan artikel penulis untuk Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) sejak tahun lalu.
Buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu memetik artikel penulis bertajuk ‘Guru Malaysia Juara Inovasi Antarabangsa di Paris’ pada muka surat 169.
Rakan pendidik di beberapa sekolah memaklumkan, buku teks itu digunakan untuk Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tahun lalu dan kaedah Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
Sebenarnya, beberapa artikel penulis turut digunakan pendidik termasuk untuk rujukan kertas Pengajian Am calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Selain itu, artikel penulis termuat dalam laman sesawang Penasihat Antarabangsa Eropah-Amerika Universiti Oxford, Prof Dr Mike Kearsley @ John Kersey ketika tugasan di Royal Over-seas League, London boleh dilayari menenerusi laman sesawang: https://johnkersey.org/.../ceremonies-in-london-and-oxford/.
Terfikir juga, macam mana agaknya ‘Orang Putih’ memahami artikel berbahasa Malaysia.
Semoga memberi manfaat dan menjadi ibadah.