Azhlina Amir juara anugerah carta lagu popular Bajau musim ke-8
LAGU ‘ Sampai Atainu ’ ciptaan komposer , Aziz Omar membawa tuah kepada artis tempatan, Azhlina Amir yang dinobatkan sebagai juara malam...
LAGU ‘Sampai Atainu’ ciptaan komposer, Aziz Omar membawa tuah kepada artis tempatan, Azhlina Amir yang dinobatkan sebagai juara malam kemuncak Anugerah Carta Lagu Popular Bajau (ACLPB) Sabah Vfm musim ke-8 di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah, Tuaran, Sabtu lalu.
![]() |
Azhlina (tiga dari kanan) dan Aziz menerima hadiah Anugerah Carta Lagu Popular Bajau Musim ke-8 daripada Hajiji (dua dari kiri) di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah, Kampung Lok Batik, Tuaran. - Gambar Kredit RTM Sabah |
Azhlina turut memenangi ‘Vokal Terbaik’ menerusi lagu berkenaan yang bermaksud ‘Sampai hatimu’.
Tempat kedua disandang, Datin Saadiah Abdul Rashad dengan lagunya, ‘Tobtob Lasaku’ dan ketiga, Rubisa Tiasin (Keroncong Kaa Limbangku).
![]() |
Persembahan bertenaga Azhlina Amir. - Gambar Kredit RTM Sabah |
Komposer lagu Bajau Sama, Yunus Perin pula memenangi kategori penulis lirik terbaik menerusi lagu ‘Duyan Kasihku’, mengulangi pencapaiannya pada malam kemuncak ACLPB musim ke-7.
Aslan Awang yang mendendangkan lagu Baya' Ni Aku Tio muncul artis paling popular menerusi undian peminat, manakala Awang Kamaluddin (Duyan Kasihku) memenangi persembahan terbaik.
![]() |
Azhlina Amir (dua dari kanan) bersama pemenang pelbagai kategori malam kemuncak Anugerah Carta Lagu Popular Bajau Musim ke-8 di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah, Kampung Lok Batik, Tuaran. - Gambar Kredit RTM Sabah |
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.
![]() |
Datin Saadiah Abdul Rashad. |
Program berkenaan anjuran bersama Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah menerusi Sabah Vfm dan Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah.
![]() |
HAJIJI (tengah) menyampaikan hadiah tempat ketiga kepada Rubisa Tiasin.- Gambar RTM Sabah |
Anugerah Carta Lagu Popular Bajau Sabah Vfm adalah pertandingan dwitahunan yang bermula sejak 2006.
![]() |
Azhlina Amir.- Gambar kredit RTM Sabah |
Penganugerahan musim ke-8 sepatutnya berlangsung pada 2020, namun tertangguh berikutan pandemik COVID-19.