Portal berita Sabah Taim, lagu Endiam Sengkaban tawan Hollywood
PORTAL berita Sabah Taim dan lagu Bajau Sama, Endiam Sengkaban mencatat satu lagi sejarah apabila berjaya menawan perkampungan perfileman t...
PORTAL berita Sabah Taim dan lagu Bajau Sama, Endiam Sengkaban mencatat satu lagi sejarah apabila berjaya menawan perkampungan perfileman terhebat dunia, Hollywood di Los Angeles, California, Amerika Syarikat, awal pagi tadi.
Seorang pembaca yang dikenali Mimie Raudhah Raihanna Ejip ketika berada di perkarangan Hollywood, memaklumkan penulis, beliau melihat seorang pengunjung melayari portal berita Sabah Taim berlatarkan mercu tanda tulisan Hollywood di atas Hollywood Hills.
Turut kelihatan seorang pengunjung mendengar lagu Endiam Sengkaban di perkarangan Hollywood.
Penulis lirik lagu Endiam Sengkaban, dendangan Rubisa Tiasin adalah pemilik portal Berita Sabah Taim, Mohd Azrone Sarabatin.
Walaupun bukan dinyanyikan dalam studio Hollywood, namun ia tetap nikmat yang seharusnya disyukuri.
Terima kasih pembaca Sabah Taim dan pendengar lagu Endiam Sengkaban di luar negara.
Lagu Endiam Sengkaban boleh dilanggan menerusi pelantar Youtube https://youtu.be/347YkeKuXR0