Siapa bakal juara Carta Lagu Popular Bajau Musim ke-8?

SEPULUH artis   akan berentap pada malam k emuncak Anugerah Carta Lagu Popular Bajau (ACLPB) Sabah Vfm Musim Ke-8 di Pusat Kebudayaan Rumpun...

SEPULUH artis akan berentap pada malam kemuncak Anugerah Carta Lagu Popular Bajau (ACLPB) Sabah Vfm Musim Ke-8 di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah di Kampung Lok Batik, Tuaran, malam esok.

 

Gambar Sabah VfM.

Artis yang layak ke  final adalah Rosmawar AK Muhiddin dengan lagunya Sukud Juduh Ti, Awang Kamaluddin (Duyan Kasih), Datin Saadiah Abdul Rashad (Tobtob Lasaku), dan Boolarts (Ataiku Sukup Rindu).

Seterusnya, Azhlina Amir yang akan mendendangkan lagu Kasih Sampai Atai Nu, Aslan Awang (Baya Ni Aku Tio), Md Sopian Daiman (Kau No Dendo), Unah Shim (Pian Masa Bunda Ti), Rubisa Tiasin (Keroncong Kaa Limbangku), dan Ahmad Dullah (Pedih Nimbanan).

Daripada 10 finalis, lapan artis akan mendendangkan lagu Bajau Pantai Barat, manakala dua lagi lagu Bajau Pantai Timur.

 

KOMBO RTM Sabah giat menjalani latihan sempena malam kemuncak Anugerah Carta Lagu Popular Bajau (ACLPB) Sabah Vfm Musim Ke-8 di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah di Kampung Lok Batik, Tuaran.- Gambar Kombo RTM Sabah.


Persembahan peserta akan diiringi pemuzik Kombo RTM Sabah.

Related

Terkini 7423727057111250728

Catat Ulasan

emo-but-icon

item