IPG Kampus Kent kembangkan bahasa Kadazandusun ke Wikikamus

BUAT jul ung  kalinya Jabatan Bahasa Kadazandusun, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent, Tuaran  dengan Kerjasama Wikimedia Community ...

BUAT julung kalinya Jabatan Bahasa Kadazandusun, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent, Tuaran dengan Kerjasama Wikimedia Community User Group Malaysia mengadakan Bengkel Wikikamus Bahasa Kadazandusun di Dewan Kuliah 1, institusi perguruan itu, Jumaat lalu.

 

Datin Dr Hajah Rosinah (tengah bertudung merah) bersama Linah (berbaju kuning di sebelah kanan Rosinah), Mohd Taufik (berkaca mata hitam di sebelah kanan Linah) bersama-sama pensyarah-pensyarah BKD, guru-guru BKD Dan pelajar-pelajar BKD pada Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Wikikamus BKD di IPG Kampus Kent, Tuaran.




 

 

Berucap merasmikan bengkel itu, Timbalan Pengarah IPG Kampus Kent, Datin Dr Rosinah Edinin, berkata, pelaksanaan program itu bertepatan dengan keperluan semasa bagi meningkatkan akses untuk pendidikan khususnya Bahasa Kadazandusun.

Katanya, bengkel berkenaan meningkatkan lagi sumber rujukan bahasa terbesar penuturnya di Negeri di Bawah Bayu itu dan memastikan bahasa Kadazandusun tidak ketinggalan, sebaliknya dapat bersaing dengan bahasa lain yang diajar di IPG.

Beliau berkata, program seumpama itu sangat signifikan dalam usaha untuk melestarikan bahasa Kadazandusun kepada masyarakat di luar kampus bertepatan keterlibatan Bahasa Kadazandusun sebagai salah satu kebitaraan IPG Kampus Kent.

Saya dimaklumkan bengkel ini memberi pendedahan berkenaan penggunaan platform bebas iaitu Wikikamus bagi pengembangan bahasa Kadazandusun untuk meningkatkan tahap ketercapaiannya agar lebih meluas dalam kalangan penutur dan bukan penutur.

“Saya berharap semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan bengkel ini mendapat ilmu dan pengetahuan yang berguna untuk melestarikan Bahasa Kadazandusun,” katanya. 


Linah menyampaikan cenderamata kepada Datin Dr Rosinah di IPG Kampus Kent, Tuaran.





Hadir sama, Ketua Jabatan Bahasa Kadazandusun, Linah Bagu; Ketua Jabatan BKD, Amidy Malagob; Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Dr Saimin Ginsari; dan Duta Bahasa Etnik Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), Lenzely Salimin.

Dalam pada itu, Linah, berkata, Bengkel Wikikamus BKD amat penting untuk diikuti peserta khususnya guru-guru dan  pelajar-pelajar pengkhususan bidang BKD sebagai rujukan alternatif yang pantas dan mudah diperoleh hanya dengan capaian internet walau di mana saja berada.

Katanya, ia juga berfungsi sebagai wadah penyebaran  bahasa ibunda yang kini semakin tidak digemari oleh generasi muda yang kini sibuk dengan media sosial sejajar kecanggihan teknologi.

Beliau berkata, IPG Kampus Kent selaku peneraju Tier 1 BKD di Malaysia mengambil inisiatif untuk mencapai hasrat memartabatkan bahasa ibunda di persada dunia  melalui aktiviti kamus dalam talian yang disampaikan dalam bengkel seumpama ini.

Datin Dr Rosinah menyampaikan cenderamata kepada Mohd Taufik disaksikan oleh Linah di IPG Kampus Kent, Tuaran.

  




Bengkel ini bertujuan untuk memberi kemahiran memasukkan daftar kata ke dalam kamus BKD dalam talian yang disediakan oleh Wikipedia iaitu Wiktionary,” katanya.

Kamus BKD dalam talian berkenaan bakal menjadi sumber rujukan pelajar, guru, pensyarah dan orang awam yang yang berminat terhadap BKD.

Lebih 1,000 perkataan telah dimasukkan ke dalam Wikitionary yang meliputi kata nama, kata kerja, kata sifat, kata tinggal, kata terbitan, peribahasa dan lain-lain berkaitan BKD.

Seramai  90 peserta bengkel yang terdiri daripada pensyarah Bahasa Kadazandusun (BKD), guru BKD dan siswa guru BKD pengkhususan bidang Bahasa Kadazandusun.

Bengkel telah dikendalikan oleh pemudah cara  dari Wikimedia Community User Group, Mohd Taufik Rosman.

Bengkel tersebut juga turut disertai oleh  murid-murid sekolah dari empat  sekolah rendah di Sabah secara dalam talian.

Seorang guru yang juga graduan BKD, Joanne Siam, berkongsi kemahiran memasukkan daftar kata ke dalam talian dengan peserta bengkel sehari itu.

 

Related

Terkini 497212784542025454

Catat Ulasan

emo-but-icon

item