IPS berminat terbit buku berkaitan pilihan raya dan sistem demokrasi

IKATAN  Penulis Sabah ( IPS ) melihat pentingnya p enerbit an  karya   yang membicarakan proses pilihan raya dan demokrasi di   Malaysia, ya...

IKATAN Penulis Sabah (IPS) melihat pentingnya penerbitan karya yang membicarakan proses pilihan raya dan demokrasi di Malaysia, yang dapat mendorong masyarakat untuk bersama memikirkan Malaysia yang lebih baik untuk generasi masa depan.

Awang Abdul Muizz.

Sehubungan itu, dengan kekuatan yang ada dalam kalangan pimpinannya khususnya bidang kewartawanan iaitu membuat liputan pilihan raya dan bekas kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), persatuan penulis itu bercadang menerbitkan buku yang memfokuskan penyampaian syor-syor tertentu kepada SPR untuk penambahbaikan proses pilihan raya dan amalan demokrasi di negara kita.

Ketua Satu IPS, Awang Abdul Muizz Awang Marusin, berkata cadangan itu turut mencakupi  pengalaman IPS menjadi badan pemerhati lantikan SPR dalam Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu.

Katanya, penglibatan IPS sebagai pemerhati pilihan raya memperluaskan perspektif masyarakat pelbagai kaum di negeri ini terhadap penulis Sabah untuk membantu mengukuhkan proses demokrasi dan kepentingan menunaikan tanggunjawab sebagai pengundi untuk membentuk kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun Persekutuan.

Beliau berkata, sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), IPS akan memanfaatkan peluang diberikan SPR bagi memastikan kelicinan dan kelancaran proses pilihan raya pada masa depan.

"Penerbitan buku berkaitan proses demokrasi dan pilihan raya diyakini membantu meluaskan perspektif penulis Sabah terhadap kedinamikan dan keunikan perjalanan demokrasi di negara kita.

“Kami yakini, usaha ini mendorong penulis di Sabah untuk menyumbang lebih banyak penulisan yang berkaitan dengan sistem demokrasi, baik dalam bentuk penulisan sastera, kewartawanan dan penulisan ilmiah,” katanya dalam satu kenyataan di Sepanggar, hari ini.

Dua pemimpin IPS dipilih menjadi pemerhati pilihan raya di Sabah, iaitu Ketua Ahli Majlis Penasihat IPS, Sukor Usin atau lebih dikenali Hasyuda Abadi dan Awang Abdul Muizz.

Hasyuda Abadi.


Pada hujung tahun 2021, sebuah buku rujukan penting berkaitan proses demokrasi diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur berjudul Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang, Tadbir.

Buku berkenaan tulisan Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman, iaitu bekas Pengerusi SPR dan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC).

Dalam pada itu, IPS berpuas hati dengan keseluruhan proses PRU15 khususnya di Parlimen Sepanggar dan Tuaran yang menjadi tumpuan persatuan penulis itu.

Katanya, pembabitan IPS sebagai pemerhati pilihan raya menjadikan pertubuhan itu sebuah organisasi yang dinamik dan terbuka kepada segala bentuk kelainan dan perubahan.

Tanpa melupakan asas penubuhannya untuk memartabatkan bahasa, sastera dan budaya Melayu serta etnik tempatan Sabah, beliau berkata, IPS telah bergerak selangkah ke hadapan apabila turut serta menyumbang kepada penambahbaikan proses pilihan raya di Negeri di Bawah Bayu.

IPS mengucapkan berbanyak terima kasih kepada SPR kerana mempercayai kami untuk menjadi badan pemerhati pilihan raya di Sabah.

IPS buat pertama kali dalam sejarah menghantar dua pemerhati lantikan SPR, masing-masing di kawasan Parlimen Tuaran (Awang Abdul Muizz) dan Parlimen Sepanggar (Hasyuda Abadi),” katanya.

 

FAKTA

Poster pemenang Sayembara Puisi Kisah Nabi dan Rasul anjuran IPS.


 

Related

Terkini 6362018618756679629

Catat Ulasan

emo-but-icon

item