JDT juara Piala Malaysia, Sabah FC layak saingan Piala AFC
KUALA LUMPUR: Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala Malaysia 2022 turut memberi ‘rahmat’ kepada Sabah FC apabila membuka laluan...
KUALA LUMPUR: Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala Malaysia 2022 turut memberi ‘rahmat’ kepada Sabah FC apabila membuka laluan kepada skuad Sang Badak beraksi dalam saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) musim depan, lapor Utusan Online/Bernama.
![]() |
SABAH layak saingan Piala FC musim 2023.- FOTO Ihsan Sabah Football Club |
Selangor bermula garang dan tampak berada di kedudukan baik untuk menjulang Piala Malaysia, sekali gus menyambar tiket Piala AFC selepas mendahului menerusi sepakan penalti Herlison Caion pada minit ke-45.
Begitupun, jaringan Bergson da Silva di mini ke-45, diikuti gol Fernando Forestieri memastikan kemenangan Harimau Selatan.
JDT yang sebelum ini bergelar juara Liga Super buat musim kesembilan berturut-turut akan beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia musim depan.
Sabah FC akan mengiringi naib juara Liga Super, Terengganu FC (TFC) beraksi pada saingan AFC musim hadapan susulan kekalahan Selangor FC di pentas final Piala Malaysia 2022.
Ia berdasarkan peraturan ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) iaitu, jika juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia adalah kelab yang sama, atau Piala Malaysia dimenangi pasukan naib juara Liga Super, maka slot kedua ke Piala AFC akan diberikan kepada pasukan di tempat ketiga Liga Super.
Skuad Sang Badak bimbingan Datuk Ong Kim Swee, sebelum ini menamatkan saingan Liga Super musim ini di tangga ketiga dengan mengumpul keseluruhan 42 mata daripada 22 perlawanan.
Walaupun terpaksa mengharapkan Selangor tewas untuk menyambar tiket ke pentas Asia, Kim Swee tetap berbangga dengan pencapaian dilakar anak buahnya itu, walaupun hanya bersama untuk tempoh yang agak singkat.