Masjid Jamek An-Nur dan Masjid Sultan Muhammad V di Labuan

JIKA  berkunjung ke Wilayah Persekutuan Labuan yang juga dikenali Mutiara Laut China Selatan, bagi pengunjung beragama Islam, dua masjid yan...



JIKA berkunjung ke Wilayah Persekutuan Labuan yang juga dikenali Mutiara Laut China Selatan, bagi pengunjung beragama Islam, dua masjid yang wajib dikunjungi adalah Masjid Jamek An-Nur dan  Masjid Sultan Muhammad V.

 

Masjid Jamek An-Nur

 


Masjid Jamek An-Nur atau dikenali juga dengan nama Masjid Negeri Wilayah Persekutuan Labuan dirasmikan pada 1 Februari 1988 oleh  Yang di-Pertuan Agong Ke-8, Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail sempena Hari Wilayah.

Masjid ini direka bentuk menggunakan dua unsur seni bina  iaitu Melayu Brunei dan juga Turki menjadikannya unik dan menakjubkan dengan menampilkan gaya futuristik.

Selain tempat beribadah, masjid yang direka bentuk seakan-akan ‘bulu tangkis’ juga menyediakan pelbagai kemudahan lain termasuk perpustakaan, dewan kuliah, pejabat pentadbiran dan bilik rehat kenamaan.

 

Masjid Sultan Muhammad V

 




Masjid Sultan Muhammad V sebelum ini dikenali sebagai Masjid Jamek Al Muhammadiyah dan masjid kedua terbesar di Labuan.

 


Penamaan semula masjid itu bersempena nama Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V dan perasmiannya disempurnakan Seri Paduka  pada 9 Februari 2018.

 


Masjid Sultan Muhammad V, yang menampilkan seni bina kontemporari moden dan Islamik, dibina pada awal 2009 dengan kos sebanyak RM5.1 juta yang diperuntukkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Perbadanan Labuan.

Masjid itu mula digunakan pada 2013 dan boleh menampung kira-kira 1,000 jemaah.

 

Related

Terkini 4923199817194645043

Catat Ulasan

emo-but-icon

item