Parlimen Darvel, Sabah Dalam dan Sabah Selatan hilang dari radar?

SABAH  kali pertama menyertai Pilihan Raya Umum adalah pada 1969 meliputi 15 kawasan Parlimen. NAMA  Ahli Parlimen pertama Parlimen Darvel d...

SABAH kali pertama menyertai Pilihan Raya Umum adalah pada 1969 meliputi 15 kawasan Parlimen.

NAMA  Ahli Parlimen pertama Parlimen Darvel dan Kota Belud antara terpampang di ruang legar bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.- Gambar Kutubkhanah Azrone

Daripada jumlah itu banyak kawasan Parlimen yang dinamakan semula seperti Marudu kepada Kudat, Kinabalu (Ranau) dan  Gaya (Kota Kinabalu).

Parlimen Beluran dan Lahad Datu  tiga kali dinamakan semula, iaitu Parlimen  Labuk Sugut dalam pilihan raya umum 1969 kepada Jambongan sebelum dikenali Beluran sekarang, manakala nama lama Parlimen Lahad Datu adalah Darvel dan Silam.

Peringkat awal, Parlimen Darvel meliputi Semporna.

Ahli Parlimen Sabah Yang Pertama (1969 - 1974)

Marudu - YB Tun Datu Haji Mustapha Datu Harun

Kinabalu - YB Datuk Abdul Ghani Gilong

Kinabatangan - YB Pengiran Ahmad Pengiran Indar

Labuk Sugut - YB Tuan Ajad O. T Oyung

Tuaran - YB Tuan Buja Gumbilai

Sandakan - YB Datuk Peter Lo So Yin

Sabah Dalam - YB Tuan Mohd Arif Salleh

Kota Belud - YB Tan Sri Mohammad Said Keruak

Darvel - YB Tuan Mohd Salleh Datuk Panglima Abdullah

Kimanis - YB Pengiran Tahir Pengiran Patera

Penampang - YB Tuan James Stephens Tibok

Tawau - YB Tuan Yeh Pao Tzu

Sabah Selatan - YB Tuan Haji Abdul Rashid Haji Jais

Labuan Beaufort - YB Tuan Haji Mohd Chik Johari Ondu Majakil

Gaya - YB Datuk Pang Tet Tshung.

Related

Terkini 981343603118149894

Catat Ulasan

emo-but-icon

item