Parlimen Labuan: Pertembungan penyandang dengan bekas Ahli Parlimen
Penulis berada tiga hari di Labuan yang dikenali Mutiara Laut China Selatan menjelang PRU15, esok. Bendera dan poster parti bertanding di Pa...
Penulis berada tiga hari di Labuan yang dikenali Mutiara Laut China Selatan menjelang PRU15, esok.
![]() |
Bendera dan poster parti bertanding di Parlimen Labuan. |
![]() |
Menjelang PRU15 di Parlimen Labuan. |
LABUAN: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) esok menyaksikan persaingan enam penjuru di Parlimen Labuan termasuk penyandang kerusi itu, Datuk Rozman Isli yang memenanginya menerusi tiket Barisan Nasional (BN) dan kemudian menyertai Warisan.
![]() |
Parlimen Labuan menyaksikan pertandingan enam penjuru dalam PRU15. |
Bekas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) yang dijangka memenangi kerusi itu.
![]() |
Poster Suhaili dan Rozman dua calon yang pernah menjadi Ahli Parlimen Labuan menerusi tiket BN, namun kini mewakili parti lain. |
Suhaili sebelum ini memenangi kerusi Parlimen Labuan menerusi tiket BN mewakili UMNO.
![]() |
Parlimen Labuan kubu kuat BN. |
BN kali ini menampilkan Ketua Bahagian UMNO Labuan, Datuk Bashir Alias.
![]() |
Bendera BN dan PN paling banyak berkibar di Parlimen Labuan. |
Tiga lagi calon adalah Dr Ramli Tahir dari Pakatan Harapan (PH); Dayang Rusimah @ Raynie Mohd Din (Parti Bangsa Malaysia atau PBM) dan Ramle Mat Daly yang menjadi pertaruhan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
![]() |
PEJUANG turut bertanding di Parlimen Labuan. |
Parlimen Labuan mempunyai seramai 44,484 pengundi dalam PRU15 berbanding 28,356 orang pada PRU14.