Perancis tamatkan badi juara bertahan Piala Dunia tersingkir peringkat kumpulan

DOHA:  Jurulatih Perancis, Didier Deschamps menegaskan dia tidak pernah bimbang skuad kendaliannya mungkin juara bertahan terbaru yang tersi...

DOHA: Jurulatih Perancis, Didier Deschamps menegaskan dia tidak pernah bimbang skuad kendaliannya mungkin juara bertahan terbaru yang tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia selepas muncul pasukan pertama mara ke pusingan 16 terbaik, lapor BH Online/AFP.

 

Penulis di Kedutaan Malaysia di Doha, Qatar.- Gambar Kutubkhanah Azrone

Keputusan direkodkan Perancis sesuatu yang berbeza jika dibandingkan dalam tiga edisi terakhir Piala Dunia yang menyaksikan juara bertahan tersingkir di peringkat kumpulan.

Itali adalah juara bertahan ketika mereka tersingkir di pusingan awal pada edisi 2010 dengan nasib sama turut menimpa Sepanyol pada 2014 dan Jerman empat tahun kemudian.

Untuk rekod, Perancis adalah juara Piala Dunia 1998, namun gagal melepasi pusingan pertama edisi 2002 apabila hanya mencatat satu mata tanpa mencetak sebarang jaringan.

 

Related

Terkini 3472386092579708784

Catat Ulasan

emo-but-icon

item