Piala Dunia Doha 2022: Mampukah pasukan Asia juara?
SEMALAM, Arab Saudi melakar salah satu kejutan terbesar dalam sejarah Piala Dunia FIFA Qatar 2022 apabila bangkit daripada ketinggalan un...
SEMALAM, Arab Saudi melakar salah satu kejutan terbesar dalam sejarah Piala Dunia FIFA Qatar 2022 apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan juara dua kali, Argentina 2-1 pada aksi pembukaan Kumpulan C di Stadium Lusail, Doha, Qatar.
Menghuni ranking ke-51 dunia, Arab Saudi tampak bakal menjadi pasukan belasahan selepas Lionel Messi membuka jaringan seawal minit ke-10 menerusi sepakan penalti.
Adakah pasukan Arab Saudi mampu pergi jauh?, mungkinkah Piala Dunia 2022 menyaksikan pasukan dari Asia muncul juara buat kali pertama, semuanya akan terjawab pada aksi final di Stadium Lusail pada 18 Disember ini.
Kenangan penulis 6 tahun menjelang Piala Dunia FIFA Qatar 2022
KETIKA berada di Souq Waqif, Doha sekitar Mac 2016, penulis tersentak mencari dari arah mana suara promosi Piala Dunia FIFA Qatar 2022 yang berkumandang menggunakan alat pembesar suara.
![]() |
Penulis ketika berada di Doha, Qatar pada Mac 2016.- Gambar Kutubkhanah Azrone |
Akhirnya, penulis menemui jawapan, suara itu dari alat pembesar suara sebuah pikap menggunakan warna merah hati, iaitu warna rasmi jersi bola sepak Qatar.
Pikap turut dilengkapi replika bola besar, piala dan bendera tidak rasmi Piala Dunia FIFA Qatar 2022.
![]() |
Promosi Piala Dunia di Souq Waqif, Doha sekitar Mac 2016.- Gambar Kutubkhanah Azrone |
Hebat sekali promosinya.
Piala Dunia FIFA Qatar akan berlangsung di Doha pada 21 November hingga 18 Disember ini.
Penulis juga sempat meninjau beberapa stadium yang dalam pembinaan ketika itu dan paling menarik perhatian Stadium Pelabuhan Doha yang terapung di samudera Teluk Parsi.
![]() |
PENULIS di Kedutaan Malaysia di Qatar di Doha sekitar Mac 2016.- Gambar Kutubkhanah Azrone |
Stadium Lusail Iconic adalah Stadium utama temasya Piala Dunia FIFA Qatar 2022 yang akan menjadi venue final temasya berprestij empat tahun sekali itu.
Selain itu, Stadium Al Khor, Stadium Al Wakrah, Stadium Universiti Qatar, Stadium Al Shamal, Stadium Al Gharrafa, Doha Sport City dan Stadium Umm Salal.
![]() |
Penulis di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Doha. |
Hotel, kapal mewah, kabin jadi pilihan di Piala Dunia
KIRA-KIRA 1.2 juta orang dilaporkan akan 'berkampung' di negara Teluk itu sepanjang Piala Dunia.
Peminat bola sepak yang hadir menyaksikan Piala Dunia Qatar 2022 bermula 20 November lalu boleh merebut peluang menginap di bilik suite hotel mewah berharga £23,000 (RM125,059.18) semalam untuk menonton aksi di padang dengan penuh bergaya.
Ini bermakna perbelanjaan golongan hartawan dan jutawan yang menyaksikan temasya bola sepak terunggul dunia itu selama sebulan cukup untuk membina banglo mewah.
Kutubkhanah Azrone
Piala Dunia Qatar 2022 mengingatkan penulis kepada liputan Jelajah Piala Dunia 2014.
Malaysia adalah negara ke-56 dalam program jelajah 88 negara dalam tempoh 267 hari sebelum kembali ke Brazil yang akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2014.
Trofi Piala Dunia berukuran 36.8 sentimeter (sm) dengan berat 6.18 kilogram (kg) serta diperbuat daripada emas 18 karat betul-betul di depan mata penulis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Info
![]() |
Stadium dalam pembinaan yang menjadi venue Piala Dunia FIFA Qatar 2022 dari lensa kamera Sabah Taim yang disiarkan Harian Metro pada 25 Jun 2020. Piala Dunia FIFA Qatar akan berlangsung di Doha pada 21 November hingga 18 Disember ini. |
Qatar muncul juara Piala Asia 2019 buat pertama kali selepas menewaskan Jepun 3-1 di Stadium Zayed Sports City, Abu Dhabi pada 1 Februari 2019.