Dr Mark Miller, warga Amerika Syarikat fasih berbahasa Bajau Sama

Chendramata (tengah), Dr Mark Miller (dua dari kanan), pengkaji bahasa Bajau Sama, Haji  Said Andong (kanan) dan Mohd Taufik (kiri) pada  Be...

Chendramata (tengah), Dr Mark Miller (dua dari kanan), pengkaji bahasa Bajau Sama, Haji Said Andong (kanan) dan Mohd Taufik (kiri) pada Bengkel Penterjemahan Wikipedia anjuran  BSBB di Wisma Wanita, Likas, Kota Kinabalu.



KETIADAAN bahan rujukan, sama ada buku, jurnal, mahupun Kamus dalam bahasa Bajau Sama, tidak menghalang Dr Mark Miller untuk mempelajari bahasa etnik berkenaan dan menyiapkan tesis ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Lingusitik pengkhususan Tatabahasa Bajau Pantai Barat atau Sama.

Miller yang fasih berbahasa Bajau Sama giat membuat kajian bahasa dan budaya kaum itu hampir 25 tahun dan menamatkan pengajian peringkat Pascasiswazah di University of Texas Arlington, Texas, Amerika Syarikat, pada 2007.

 

Chendramata (kiri), pengkaji bahasa Bajau Sama, Haji Said Andong (kanan) dan Dr Mark Miller (tengah)  pada Bengkel Penterjemahan Wikipedia anjuran  BSBB di Wisma Wanita, Likas, Kota Kinabalu.

Miller berkata, beliau tinggal bersama keluarga angkatnya, Allahyarham Jumel Haji Ghani di Kampung Menunggui, Kota Belud untuk mempelajari bahasa Bajau Sama, selain turun ke lapangan di perkampungan masyarakat Bajau di daerah itu seperti Kampung Kota Belud, Sembirai dan Tanjung Pasir Labuan.

Katanya, kesukaran mencari bahan rujukan bahasa Bajau Sama ketika mula-mula mempelajari bahasa etnik itu pada 1990-an, tidak melemahkan semangatnya untuk membuat kajian dan menyiapkan tesis dalam bidang Linguistik pengkhususan Tatabahasa Bajau Pantai Barat.

 

Dr Mark Miller berjaya menyiapkan tesis dalam bidang Tatabahasa Bajau Pantai Barat.

Beliau mengambil pendekatan turun ke lapangan, selain mencari penutur dan pakar bahasa dan budaya Bajau Sama sebagai perunding bahasa.

“Belajar bahasa Bajau Sama lebih mudah sekarang kerana sudah ada buku, kamus dan jurnal mengenai etnik itu.

“Ini berbeza pada era 1990-an kerana kita perlu berada di lapangan dan bergaul dengan masyarakat Bajau Sama,” katanya kepada Sabah Taim selepas menghadiri Bengkel Penterjemahan Wikipedia anjuran  Persatuan Bahasa dan Budaya Bajau Sama Sabah (BSBB)  di Wisma Wanita, Likas, dekat Kota Kinabalu, kelmarin.

Penulis menemuramah Dr Mark Miller  selepas Bengkel Penterjemahan Wikipedia anjuran  BSBB di Wisma Wanita, Likas, Kota Kinabalu.


Hadir sama, Yang Dipertua BSBB, Chendramata Sinteh. Bengkel sehari itu dikendalikan oleh pemudah cara  dari Wikimedia Community User Group, Mohd Taufik Rosman.

BSBB adalah penerbit  Kamus Asas Bajau Sama dan sedang menjalankan projek penerbitan entri bahasa Bajau Sama dalam Wikipedia sejak tahun lalu.

Pada 2004,  Miller berjaya menyusun Kamus Bergambar Bahasa Bajau Pantai Barat Sabah selepas membuat kajian lima tahun terhadap bahasa itu, sejak 1998.

Gambar dalam kamus setebal 39 muka itu mengetengahkan bahasa Bajau yang disebut `Kamus Been Gambar' dan diterjemah dalam bahasa Melayu (Kamus Bergambar) dan Inggeris (Picture Dictionary).

Penulis bersama Juruhebah Siaran Sama, RTM Sabah, Julia Amilasan menemuramah Dr Mark Miller di Tamu Kota Belud sekitar 1998.- Gambar Kutubkhanah Azrone


Kamus ringkas yang antaranya memuatkan gambar nama bahagian tubuh manusia, rumah, fenomena alam, peralatan muzik tradisi serta menangkap ikan, anyaman, haiwan dan tumbuhan. 

Pada 2019, Miller berjaya menghasilkan jurnal bertajuk ‘Spelling issues in west coast Bajau: a comparative look’, selain kajiannya termuat dalam laman sesawang Perpustakaan University of Texas at Arlington, bertajuk ‘A Grammar Of West Coast Bajau’.

Related

Terkini 5965267883357417034

Catat Ulasan

emo-but-icon

item