Hari Keluarga Sanggi meriah

JURAI keturunan Keluarga Sanggi menghimpunkan etnik pelbagai kaum berhimpun di Rumah Anak Yatim Nur Taqwa, Kampung Kayu Putih, Kota Belud. K...

JURAI keturunan Keluarga Sanggi menghimpunkan etnik pelbagai kaum berhimpun di Rumah Anak Yatim Nur Taqwa, Kampung Kayu Putih, Kota Belud.



KOTA BELUD: Hari Keluarga Sanggi yang berlangsung di Rumah Anak Yatim Nur Taqwa Kampung Kayu Putih, di sini, hari ini meriah dengan kehadiran lebih 200 ahli keluarga meliputi tiga etnik iaitu Bajau, Iranun dan Kadazandusun.

Pengerusi Keluarga Sanggi, Badery Haji Suod, berkata walaupun usaha mengumpul jurai keturunan Sanggi baru bemula, Ogos lalu namun sambutan hari keluarga amat menggalakkan.

Katanya, pertemuan yang bermatlamat untuk mengukuhkan silaturahim dan menjejaki ahli keluarga akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, keadaan cuaca yang tidak mengizinkan berikutan hujan lebat, banjir dan air pasang besar, menyebabkan ada ahli keluarga yang tidak dapat hadir.

 

JURAI keturunan Keluarga Sanggi berhimpun di Rumah Anak Yatim Nur Taqwa, Kampung Kayu Putih, Kota Belud.


“Berdasarkan rekod, ada ahli keluarga yang menghadiri majlis ini datang dari Papar, selain Putatan dan Kota Kinabalu.

“Bagi keluarga berketurunan Kadazandusun khususnya dari Kampung Rosok (Kota Belud), kami difahamkan ada majlis perkahwinan keluarga di sana yang menyebabkan mereka tidak dapat datang, selain persiapan Krismas bagi bukan beragama Islam,” katanya kepada Sabah Taim, di sini.

Hadir sama, Penasihat Keluarga Sanggi, Haji Ladim Haji Usa @ Haji Abdul Rahman dan Timbalan Pengerusi, Kopli Andalan.

Sanggi berbangsa Kadazandusun berasal dari Kampung Rosok, di sini dan mempunyai lima orang anak iaitu Lebak, Ikoi, Indui, Tiangga dan Tianggangau.

 


Anak sulung beliau seorang lelaki diberi nama Lebak yang mempunyai tujuh orang anak kebanyakannya menetap di perkampungan Iranun seperti Kayu Putih, Tamau, Pintasan dan Rampayan Ulu di sini.

Anak kedua pula seorang perempuan iaitu, Ikoi mempunyai empat cahaya mata  majoritinya menetap di perkampungan Bajau seperti Kampung Labuan dan Jawi-Jawi.

Kerang bakar antara menu Hari Keluarga Sanggi di Rumah Anak Yatim Nur Taqwa, Kampung Kayu Putih, Kota Belud.

Seterusnya, anak ketiga iaitu seorang perempuan dikenali Indui  mempunyai lima orang anak majoritinya menetap di perkampungan Iranun seperti Kampung Pantai Emas dan Kota Peladok.

Dua lagi adalah anak lelaki iaitu Tiangga yang dikesan mempunyai seorang anak majoritinya tinggal di perkampungan Kadazandusun, Kampung Rosok.

Anak lelaki bongsu pula adalah Tianggangau yang sedang dikesan jurai keturunannya di perkampungan Kadazandusun, Kampung Rosok.

 

Related

Terkini 3412445661511757393

Catat Ulasan

emo-but-icon

item