Melancong ke Tanduk Borneo
BERKUNJUNG ke Pitas yang diberi jolokan Tanduk Borneo tidak menghampakan kerana daerah di utara Sabah itu memiliki keindahan tersend...
BERKUNJUNG ke Pitas yang diberi jolokan Tanduk Borneo tidak menghampakan kerana daerah di utara Sabah itu memiliki keindahan tersendiri dari samudera sehinggalah bukit-bukau yang menghijau.
Gelaran Tanduk Borneo berikutan daerah itu menyerupai tanduk dalam peta Sabah, iaitu sebelah di Pitas dan pasangannya di Kudat.
![]() |
Panorama di Honeyan Mimpi Cabin, Dataran Bengkoka, Pitas. |
Daerah Pitas mempunyai keluasan 141,935 hektar dan topografinya berbukit-bukau dan tanah landai mengikut sumber daripada laman sesawang Pejabat Daerah Pitas.
![]() |
Bagang di Teluk Marudu dirakam dari Pitas Bay View, Pitas. |
Baru-baru ini, penulis bersama keluarga berpeluang mengunjungi Tanduk Borneo.
Penulis dan keluarga memilih bermalam di Honeyan Mimpi Cabin, iaitu penginapan berbentuk kabin di Dataran Bengkoka, Pitas.
![]() |
Panorama Teluk Marudu, Pitas. |
Selain pemandangan laut yang mempesonakan dengan panorama mentari terbenam, turut kelihatan bot nelayan dan kelong atau dalam bahasa tempatan bagang.
Bagang adalah sangkar tradisional untuk menangkap bilis dalam kalangan nelayan tempatan di sekitar Pitas, Kota Marudu dan Kudat.
![]() |
Panorama Teluk Marudu dirakam dari Pitas. |
Berbentuk segi empat dan dibina menggunakan kayu bakau atau nibung sebagai tiang dan buluh menjadikan struktur bagang ini kukuh sebagai penghubung atau titian untuk berjalan di atasnya.
Bagaimanapun, penulis tidak sempat berkunjung ke Pulau Supirak di Kampung Malubang, Pitas yang menyerupai sebuah bahtera kononnya kesan sumpahan.
![]() |
Pitas Bay View, Pitas. |
![]() |
Pulau Supirak yang dikenali 'The Legend of Supirak' di Kampung Malubang, Pitas.- FOTO Ihsan Sabah Tourism Board |
Tidak rugi memilih Pitas sebagai destinasi percutian khususnya pada musim cuti sekolah.