Penantian 36 tahun Argentina menjuarai Piala Dunia berakhir di Doha
DOHA: Skuad kendalian Lionel Scaloni akhirnya ditabalkan sebagai juara Piala Dunia setelah menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan pe...
DOHA: Skuad kendalian Lionel Scaloni akhirnya ditabalkan sebagai juara Piala Dunia setelah menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti, lapor Utusan Online.
![]() |
Grafik FIFA |
Terdahulu, kedua-dua pasukan beraksi dengan begitu sengit sehingga terikat kedudukan 3-3 sehingga tamat 120 minit perlawanan.
Memasuki penentuan sepakan penalti, tuah semakin cerah berpihak kepada Argentina apabila Kingsley Coman dan Aurélien Tchouaméni gagal menyumbat gol ke dalam gawang.
Kesempatan itu akhirnya dimanfaatkan Goncalo Montiel untuk memastikan Argetina menang dengan keputusan 4-2 sekaligus membawa pulang kembali Piala Dunia ke Buenos Aires selepas kali terakhir ia berjaya dilakukan ketika edisi 1986 di Mexico.
![]() |
Pemain Argentina menjulang Piala Dunia.- Foto FIFA |
Ia juga menamatkan penantian Messi yang sudah pun berusaha untuk memenangi piala ini sejak mencubanya pada 2006.
DOHA: Argentina menamatkan penantian 36 tahun untuk menjulang Piala Dunia buat kali ketiga apabila menewaskan juara bertahan, Perancis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas aksi final yang penuh dramatik di Stadium Lusail berkesudahan 3-3, sebentar tadi.
Berdasarkan rekod, kali terakhir skuad La Albiceleste memenangi Piala Dunia adalah pada 1986 dan kali pertama pada 1978.
![]() |
Lionel Messi (kanan) menjaringkan gol ketiga pasukannya ketika menentang Perancis pada aksi final Piala Dunia. - AP
![]() |
Messi mencium Piala Dunia selepas dianugerahkan Bola Emas iaitu pemain terbaik final Piala Dunia FIFA 2022.- Foto AP |
Messi, 35, sudah mengumpul tujuh anugerah Ballon d'Or selaku pemain terbaik dunia, namun berdepan detik pahit apabila gagal menjulang Piala Dunia pada 2014 susulan kekalahan di tangan Jerman dalam perlawanan akhir.
Turun dengan misi besar di Stadium Lusail yang berkapasiti 89,000 penonton, Argentina bermula garang dengan mengasak kubu Perancis sejak awal permainan.
Usaha skuad kendalian Lionel Scaloni membuahkan hasil apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-23 susulan kekasaran Ousmane Dembele ke atas Angel Di Maria.
Peluang keemasan itu tidak disia-siakan Messi untuk meletakkan skuad La Albiceleste di depan apabila sepakannya gagal dibaca penjaga gol, Hugo Lloris.
Di Maria yang secara mengejut diletakkan dalam kesebelasan bagi aksi final, kemudian mengukuhkan kedudukan buat Argentina apabila menyudahkan umpanan Alexis Mac Allister pada minit ke-36.
Ia menyaksikan percaturan Scaloni berhasil selepas Di Maria sebelum ini tidak pernah berada dalam kesebelasan utama sejak peringkat kumpulan dan hanya beraksi lapan minit ketika menewaskan Belanda di suku akhir.
Mbappe cipta hatrik, menang kasut emas
![]() |
Bintang Perancis, Kylian Mbappe meraikan kejayaan menjaringkan gol ketiga mereka untuk melengkapkan hatriknya. Foto REUTERS/Dylan Martinez |
Perancis terpaksa menunggu minit ke-80 untuk merapatkan kedudukan selepas Mbappe menyudahkan sepakan penalti susulan Nicolas Otamendi menjatuhkan Randal Kolo Muani.
Jaringan itu menjadi detik kebangkitan Perancis apabila Mbappe berjaya meledak gol penyamaan hanya seminit kemudian, sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Messi kembali meletakkan Argentina di depan pada minit ke-109 dalam masa tambahan, sebelum Mbappe sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-118.
Jaringan itu bukan sahaja melengkapkan hatrik Mbappe, malah turut meletakkan dirinya sebagai penjaring terbanyak dengan lapan gol selain mengheret pemenang ditentukan dengan penentuan penalti.
![]() | ||
Kylian Mbappe pemenang kasut emas Piala Dunia FIFA 2022. |
Bagaimanapun, malang menimpa Perancis apabila kegagalan Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni menyempurnakan sepakan penalti menyaksikan trofi Piala Dunia 2022 menjadi milik Argentina. - AGENSI/BH Online
INFO
LUSAIL, Qatar, 18 Disember (Reuters) – Penyerang Perancis Kylian Mbappe menjadi pemain kedua yang menjaringkan hatrik dalam perlawanan akhir Piala Dunia ketika dia mengheret pasukannya kembali daripada ambang kekalahan menentang Argentina pada masa tambahan menjadikan kedua-duanya pasukan terikat 3-3 sebelum diheret ke penentuan sepakan penalti.
Pemain England, Geoff Hurst adalah pemain pertama yang menjaringkan tiga gol dalam final apabila menewaskan Jerman Barat 4-2 selepas masa tambahan pada 1966.