Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Johor, Sabah - MetMalaysia

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di beberapa daerah di Johor...

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di beberapa daerah di Johor, Sarawak dan Sabah hingga Rabu ini.

 

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di beberapa daerah di Johor, Sarawak dan Sabah hingga Rabu ini.- Gambar Hiasan Ihsan Spectrum News

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada jam 7 malam ini, daerah yang terbabit di Johor ialah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala di Sabah, daerah yang terbabit ialah Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan di Bahagian Sandakan serta Pitas dan Kudat Bahagian Kudat.

MetMalaysia turut menjangkakan hujan lebat berterusan tahap buruk hingga Rabu di Johor (Segamat, Batu Pahat dan Pontian); Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah dan Bintulu (Bintulu) di Sarawak serta Tambunan di Pedalaman Sabah, Pantai Barat, Lahad Datu di Bahagian Tawau dan Kudat (Kota Marudu).

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada bagi tempoh sama turut dikeluarkan membabitkan Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin); Johor (Tangkak dan Muar); Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Bintulu (Tatau dan Sebauh) serta Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) di Sarawak manakala di Sabah, kawasan yang terbabit ialah Sandakan (Tongod). – BERNAMA 


Related

Terkini 4662037964381577629

Catat Ulasan

emo-but-icon

item